Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus; ~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; ~ tikus sj tum­buhan (pokok), pandan tikus, pokok selang­seng, sendayan masing, Pandanus oratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : nama tumbuh-tumbuhan jenis pandan yg daunnya berduri dan dpt dibuat tikar dll, Pandanus atrocarpus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkuang

Puisi
 

Tetak mengkuang di tanah tubuk,
     Letak buluh di atas serambi;
Masuk abang bercium peluk,
     Terkejut pula kucing berkelahi.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
korotang[k.č.tAN]kata namasumpit bertutup yang diperbuat daripada mengkuang.Uwan simpan duet dalam korotang.[u.wAn sim.pAn du.wet dA.lAm k.č.tAN]Nenek simpan duit dalam korotang.
kolopai[k.l.pAj]kata namabeg daripada mengkuang atau plastik, bertali satu, sumpit.Kolopai yang dibuek dari mongkuang dah jarang jumpo sekarang kerano orang lobih suko pakai plastik.[k.l.pAj jAN di.bu.wE/ dA.Äi mN.kuAN dAh dZA.ÄAN dZum.p s«.kA.ÄAN .ÄAN l.beh su.k pA.kAj plAs.ti/]Kolopai yang dibuat dari mengkuang sudah jarang jumpa sekarang, kerana orang lebih suka pakai plastik
sokuntung[s.kun.tuN]kata namasejenis bekas mengisi ikan daripada buluh, mengkuang, dawai dan lain-lain.Ponuh sokuntung dapek ikan monjalo somalam.[p.nuh s.kun.tuN dA.pE/ i.kAn mn.dZA.l s.mA.lAm]Penuh sekuntung, dapat ikan menjala semalam.
boko[b.k]kata namabekas daripada anyaman mengkuang atau upih berbentuk bulat yang diisi dengan dodol, wajik, kesirat, biasanya dibawa oleh pihak perempuan untuk dihadiahkan kepada pihak lelaki dalam majlis perkahwinan.Bolah penganten pompuan bawak tujoh bijik boko.[b.lAh p.NAn.ten pm.pu.wAn bA.wA/ tu.dZh bi.dZi/ b.k]Pihak pengantin perempuan membawa tujuh boko dodol.
sumpet[sum.pEt]kata namabeg yang dibuat daripada daun mengkuang dan diikat di pinggang.Ikek boto-boto sumpet tu kek pinggang, kang ikan kok lopeh.[i.kE/ b.t.b.t sum.pEtò tu kE/ piN.gAN kAN i.kAn k/ l.pEh]Ikat betul-betul sumpit itu di pinggang, nanti ikan kut terlepas.

Kembali ke atas