Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok), Morinda spp.; ~ akar = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Morinda umbellata; ~ besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Morinda citrifolia; ~ hutan = ~ kecil sj tumbuhan (pokok renek), Morinda elliptica; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Rennellia spe-ciosa; spt batang ~, dahulu buah drpd bunga prb menganggap sudah menguasai atau meĀ­miliki sesuatu perkara atau barang yg belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Morinda citrifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkudu.

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMengkudu masak sepanggal, Dimakan burung geroda; Dayang duduk sepanggal, Ekor matanya ke mari juga.
Kurik Kundi Merah SagaMengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaPohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari.
Kurik Kundi Merah SagaDaun mengkudu buah kandis, Buah datang dari Daik; Makan madu rasanya manis, Hidup bermadu rasanya pahit.
Kurik Kundi Merah SagaSama tengah pohon mengkudu, Anak Cina menjual kain; Sama-sama menanggung rindu, Hati tidak pada yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaPohon selasih pohon mengkudu, Dibawa orang ke Singapura; Jikalau kekasih sudah berpadu, Hati riang tidak terkira.
Kurik Kundi Merah SagaIkat-ikat daun mengkudu, Hilang Melayu bergalang dada; Duduk dekat rasa malu, Hilang malu kerana muda.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pulau memetik mengkudu, Hendak dikirim ke Surabaya; Adat perantau memang begitu, Sampai musim pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sirih dari seberang, Pokok mengkudu dahannya tinggi; Seorang kasih seorang sayang, Bagai hempedu lekat di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sirih dari seberang, Pokok mengkudu dahannya tinggi; Seorang kasih seorang sayang, Bagai hempedu lekat di hati.
12

Kembali ke atas