Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ku.la] | مڠکولا

Definisi : sj tumbuhan (pokok), bunga tan­jung, Mimusops elengi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkula


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
samaksamakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Adinandra spp., Gordonia spp., dan Schima spp. daripada famili Theaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gatal-gatal, gegatal, jalung, medang gatal, mengkula, samak pulut, tiup-tiup, dan tiup, di Sabah ialah bawing dan meluluk, dan di Sarawak ialah legai dan tekoyong-koyong. Spesies utamanya termasuk Adinandra villosa, Gordonia concentricicarix, dan Schima wallichii. Gubal kayu samak berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikemas siap, mengering dengan perlahan, tidak tahan dan sukar diawet. Kayu samak boleh digunakan untuk lantai, papan panel, papan lapis, dan keranka pintu dan tingkap.

Kembali ke atas