Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngo.ré/] | مڠوريق

Definisi : 1. membuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, mene­buk, mengeruk, menggali: ~ lubang utk menanam sampah dll; 2. ki menggores; ~ hati menggores hati; 3. ki menyiasat atau mencari-cari (utk mengetahui sesuatu yg rahsia atau tersembunyi), mengata-ngata (keburukan orang dll), mengkritik: polis telah dapat ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu; 4. ki memperoleh (wang, keuntungan, dll), mendapat (untung); ~ dompet kawan prb memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngo.ré/] | مڠوريق

Definisi : 1 membuat lubang dgn menggunakan sesuatu alat; menebuk; menggali: ~ lubang dgn bor. 2 mengeluarkan sesuatu dr bahagian dalam atau dr tempatnya (dgn mencungkil): ~ tahi telinga; ~ bijih. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyiasat (utk mencari rahsia): Polis telah dpt ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
korek (kata kerja)
Bersinonim dengan gali, cungkil, tebuk, keruk;,
Kata Terbitan : mengorek, korekan, pengorekan, pengorek,

Peribahasa

Mengorek dompet kawan.

Bermaksud :

Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di kampung saya, Sungai Dulang, Perak, kami menggunakan perkataan "jebak" untuk merujuk kepada "cop", sejenis alat kebun untuk mengorek lubang. Kenapa saya tidak jumpa entri dalam Kamus Dewan untuk jebak yang merujuk pada makna ini?Kata "jebak" yang membawa maksud alat yang digunakan untuk mengorek lubang ini berkemungkinan kata yang terdiri daripada kata dialek atau subdialek di Perak. Kata ini dengan makna tersebut berkemungkinan tidak digunakan dengan meluas dalam penulisan atau wacana umum masyarakat di Malaysia. 

Kami mencadangkan pihak tuan/puan merakam kata dan makna tersebut dalam ruangan yang disediakan oleh PRPM, iaitu di ruangan Saran Kata (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) supaya kata dengan makna tersebut dapat dicalonkan sebagai kata masukan dalam kamus-kamus terbitan DBP.
Lain-lain03.03.2024
Jika menggunakan cangkul membuat lubang di tanah ? Apakah kata kerja yang betul digunakan? menggali,mengorek atau mencangkul? Terima kasihKetiga-tiganya betul.Tatabahasa13.07.2010
apakah maksud armadilo?Armadilo ialah sejenis binatang kecil daripada famili Dasypodidae yang bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang. Binatang ini biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika.Makna10.04.2008
salam sejahtera.kata kerja yang mana lebih sesuai untuk ayat ini.Mencungkil atau mencolek batu - batu kecil dari tapak kasut dengan lidi ?Mencungkil bermakna mengeluarkan (melepaskan dan lain-lain) sesuatu dengan pencungkil atau mengorek keluar dengan pencungkil. Mencolek pula bermaksud mencungkil (dengan hujung jari dan lain-lain utk mengeluarkan sesuatu). Sungguhpun demikian, jika dilihat pada konteks ayat, perkataan mencungkil lebih sesuai digunakan berbanding mencolek.Makna11.09.2017
Makna perkataan Menguis dan menggaliMakna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan.Tatabahasa04.04.2014
Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau. munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan mencungkil. TK?Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau.

Perkataan yang paling hampir dengan perkataan mencungkil ialah seperti mengorek, menimba, mendapat, mengetahui. Perkataan mencungkil lebih sesuai dalam konteks ayat yang dinyatakan.
Tatabahasa24.04.2013
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014
Assalamualaikum tuan/ puan, Mohon bertanya, bagaimanakah cara ataupun adakah apa-apa tip, bagi mengenal pasti sama ada konsonan pada satu-satu perkataan itu akan 'tenggelam' ataupun 'kekal wujud' apabila ditambahkan imbuhan di hadapannya. Contoh: 1. cinta = mencintai (huruf 'c' kekal wujud) 2. kagum = mengagumi (huruf 'k' tenggelam) Terima kasih.Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta.Tatabahasa27.02.2014
Salam sejahtera, 1.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda 'Berhenti' di tengah-tengah jalan raya.(Apakah tanda baca yang perlu dibubuh pada perkataan 'Berhenti'?) 2.Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas.(Perlukan perkataan aktiviti itu membawa maksud jamak?) 3.Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim / mengeratkan hubungan silaturahim.(Perlu ditulis hubungan di depan silaturahim?) 4.me.ngo.rek (adakah pemenggalan suku kata ejaan betul dan apakah pemenggalan sebutan bagi perkataan mengorek?) Terima kasih1. Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.

2. Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti/aktviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas. Perkataan aktiviti boleh membawa maksud jamak berdasarkan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun penggunaan aktiviti-aktiviti juga boleh dibenarkan asalkan tidak didahului oleh penanda jamak seperti pelbagai aktiviti dan penggunaan ini (tunggal atau jamak) hendaklah konsisten dalam keseluruhan wacana.

3. Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim.

4. Pemenggalan yang betul ialah "me.ngo.rek".
Tatabahasa27.05.2022

Kembali ke atas