Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.bah] | مڠوبه

Definisi : 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.bah] | مڠوبه

Definisi : 1 menjadikan berbeza drpd yg semula; menukar: Sejak hari itu, ia telah ~ cara hidupnya. 2 menyusun semula sesuatu cerita, karangan dll sehingga menjadi berlainan drpd yg asal; mengolah kembali: Ia ~ jalan cerita itu sehingga menjadi cerita jenaka. 3 tidak menepati janji, sumpah dll; menyalahi yg biasa: Mereka tidak mahu ~ adat resam yg telah dipusakai dr nenek moyang mereka. 4 memindahkan atau mengalih sesuatu dr tempat asalnya ke tempat lain (spt benih dr tapak semaian ke sawah). 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan): ~ pandangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Burung haji terbang ke haji,
     Tapak Sulaiman di bawah tangannya;
Jika adinda mengubah janji,
     Melungsur iman dari badannya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Secubit tiada dapat menjadi segenggam.

Bermaksud :

Tak dapat mengubah nasib yang sudah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengubah perspektif seni budayaJami'ah ShukriBerita Harian18.09.2007
Mengubah persepsi bidang perguruanYusri Abdul MalekHarian Metro15.06.2006
Mengubah sikap untuk hadapi bahasa InggerisAhmad Kamil MohamedUtusan Malaysia09.11.2000
Mengubah sikap pesimis umat MelayuIsmail IbrahimUtusan Malaysia31.01.2002
Mengubah Arca KataNoor Azam ShairiWatan15.03.1992
Mengubah TeksUthaya Sankar SBMingguan Malaysia11.06.1995
Mengubah kejadian manusiaS. M. ZakirMingguan Watan12.02.1995
Mengubah adat mengikut sharakAgus SalimUtusan Zaman02.05.1971
Mengubah letak tiangTiadaTempo17.12.1983
Mengubah Angan Menyulam MimpiIsbihaBerita Minggu19.06.2005
1234

Kembali ke atas