Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.cap.kan] | مڠوچڤکن

Definisi : 1 melafazkan atau menyebut kata-kata tertentu (spt doa, sumpah). 2 melahirkan atau menyatakan perasaan dgn kata-kata: Emaknya ~ syukur kpd Tuhan kerana telah selamat drpd bahaya itu. 3 melisankan atau melafazkan sesuatu (kata, huruf dll): Dia ~ kata-kata itu dgn kuat dan jelas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dalam ayat berikut adalah perlu atau tidak? 1. Damya mengucapkan (terima kasih/Terima Kasih) kepada ibunya. 2. Lily mengucapkan (selamat pagi/Selamat Pagi) kepada Cikgu Khoo. 3. Bella mengucapkan (selamat malam/Selamat Malam) kepada neneknya. 4. Pekerja itu mengucapkan (selamat tengah hari/Selamat Tengah Hari) kepada pegawai atasan mereka. Sila berikan penjelasannya sekali. Terima kasih.Huruf besar digunakan pada permulaan setiap nama khas sahaja. Ucapan selamat pada mana-mana waktu, ucapan terima kasih bukan kata nama khas. Sila rujuk buku kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP; buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga, DBP dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, DBP.Ejaan14.07.2014
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah betul; 1. Keluarga Ali mengucapkan terima kasih yang berbanyak-banyak kepada penderma itu. 2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu.Ayat yang gramatis ialah:
1. Keluarga Ali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penderma itu.
2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu.
Tatabahasa24.10.2012
1. Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 2. Marilah kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 3. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 4. Mari kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. Dalam empat ayat ini, adakah partikel -lah diperlukan? Bolehkah partikel -lah digugurkan secara pilihan, maksudnya boleh diwujudkan dan boleh juga ditiadakan? Ayat ini ialah ayat penyata atau ayat suruhan? Jika ayat suruhan, adakah kata kerja "ucap" patut menerima akhiran -kan lalu membentuk kata kerja ayat suruhan "ucapkan"? Jika ayat ini ayat penyata, adakah kata kerja "ucap" harus menerima apitan meN-...-kan lalu terhasilnya kata kerja transitif "mengucapkan" yang disambut oleh objek, yakni "terima kasih"? Semua inilah tanda-tanda soal dalam hati saya.

Ayat yang betul ialah Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora dan Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora kerana ayat ini ayat aktif transitif. Jika hendak diberikan penekanan maka partikel –lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap.

Tatabahasa29.05.2014
saya mengucapkan terima kasihSama-sama.Lain-lain28.07.2010
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta bengkel.” Inilah ungkapan yang biasa kita gunakan. Mengapakah ada orang berkata ungkapan ini tidak tepat. Adakah kerana ungkapan “terima kasih” tidak boleh dibilang?Ungkapan ini boleh digunakan. "Ribuan terima kasih"  digunakan sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga yang diucapkan kepada peserta bengkel.Tatabahasa25.11.2009
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak anda kerana bertindak balas dengan serta merta setelah pertanyaan saya dihantarkan. Kecuali dari peribahasa, ada apa lagi tajuk yang saya boleh rujukkan untuk mendapat maklumat tentang bandingan semacam atau bahasa kiasan seperti pertanyaan yang saya buat sebelum ini? Terima kasih.

Buku-buku yang mungkin boleh dijadikan rujukan saudara ialah:

1. Peribahasa Sekolah Menengah , Asiah Abdul Rahman, DBP 2008.

2. Kamus Peribahasa Melayu ke Inggeris edisi kedua, Shamsuddin Ahmad, PTS 2007.

3. Minda Melayu, Penyelenggara Anwar Ridhwan, DBP 2008.

4. China- Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Abdul Rahman Hj Ismail, DBP 2001

Ada judul yang saya tidak ingat , ditulis oleh Amir Muslim, tentang peribahasa Melayu dan peribahasa Inggeris yang sepadan/sesuai. Mungkin buku ini boleh dicari di kedai buku di luar DBP.

Penyelidikan27.04.2011
apakah maksud mengucapkan syukur? mengapakah kata mengucap syukur salah? mihun yang betul atau bihun?

Mengucap syukur betul dari segi tatabahasa. Kedua-duanya betul bermaksud mi yang halus.

Tatabahasa05.08.2010
1.Saya mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Ali. Adakah ayat di atas betul?

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa14.04.2010
Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan (“Selamat datang / Selamat hari jadi ”) kepada saya. Apakah ayat di atas betul atau salah?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Kawan-kawan dan keluarga mengucapkan selamat datang kepada saya.
2. Kawan-kawan dan keluarga  mengucapkan selamat hari jadi  kepada saya. 
Tatabahasa28.11.2020
saya ada kekeliruan berhubung beberapa perkataan. cth spt di bwh :- 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran semua ... Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ... 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 antara segamat - labis Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara segamat - labis 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah sebutharga ini. 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam sebutharga ini. kekeliruan - ke atas & di atas, antara & di antara dan di bawah & di dalam. mana yang betul? Tk.

Penggunaan beberapa perkataan dalam contoh ayat yang diberi telah di buat pembetulan, iaitu:

1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua (di atas dan ke atas menunjukkan tempat/arah) 

2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara Segamat dengan Labis (penggunaan di antara melibatkan konsep ruang, manakala penggunaan antara tidak melibatkan konsep ruang)

1) Kontraktor mestilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam sebut harga ini (penggunaan di dalam melibatkan konsep ruang)

Tatabahasa09.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas