Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nguis] | مڠوءيس

Definisi : 1. menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dgn kakinya; 2. mengais (spt ayam); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nguis] | مڠوءيس

Definisi : menepis atau menyepak sesuatu ke tepi: Bola itu dikuisnya ke tepi padang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menguis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flick serviceservis kuisSukanTiadaServis yang dilakukan dengan menguis bulu tangkis dengan pantas, dan membiarkan bola melayang rendah.
net flickpukul kuis jaringSukanTiadaKuis yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan untuk menguis bulu tangkis ke belakang gelanggang.
forehand flick serviceservis kuis depanSukanTiadaServis yang dilakukan dari hadapan badan dengan menguis bulu tangkis dengan pantas yang menyebabkan bola melayang rendah.
one step forwardselangkah ke depanSukanTiadaSatu langkah ke depan yang dibenarkan dalam proses pengambilan strok penalti sebelum menolak, menguis atau mencedok bola.
motor equivalencekesetaraan motorSains SukanBiomekanikPenggunaan dua lakuan yang berbeza untuk mencapai objektif yang sama. Contohnya, menutup pintu dengan menolaknya dengan tangan ataupun menguis pintu menggunakan kaki.

Kembali ke atas