Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kuh.kan] | مڠوکوهکن

Definisi : menjadikan kukuh (pertahan­an, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kuh.kan] | مڠوکوهکن

Definisi : menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul cara penulisannya, '...meningkatkan dan mengukuhkan kemampuan' atau '...meningkat dan mengukuhkan kemampuan'? Terima kasih. 
Menurut data kami, jawapan yang sesuai ialah "... meningkatkan dan mengukuhkan kemampuan"
Lain-lain17.05.2016
Saya ingin mengetahui adakah betul/tepat perkataan/kosa kata yang digunakan dalam ayat yang berikut : "Mengukuhkan pengurusan institusi Mal yang bertadbiruruskan terbaik selaras dengan syariah dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah"Cadangan kepada soalan yang dikemukakan - Mengukuhkan pengurusan Institusi Mal yang mempunyai tadbir urus terbaik selaras dengan syariah dalam meningkatkan taraf ekonomi ummah.Tatabahasa11.06.2007
Apakah beza penggunaan antara: "Memperkukuhkan" & "Mengukuhkan" & "Memperkukuh" ? Bolehkah berikan contoh perkataan lain seperti ini? Terima kasih.Kata dasar bagi perkataan yang dinyatakan ialah "kukuh" (kata adjektif). Dalam perkara ini, penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper-...-kan seperti memperkukuhkan dianggap tidak tepat (Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga).

Perkataan mengukuhkan dan memperkukuh membawa maksud yang sama iaitu "menjadikan sesuatu lebih kukuh" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1184).

Contoh perkataan lain yang menerima awalan mempeR- dan apitan meN-...-kan ialah kuat (memperkuat-menguatkan). 
Tatabahasa25.09.2023
Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara.Oleh itu, kita harus mengukuhkan semangat kejiranan. Adakah penggunaan penanda wacana “Oleh itu” digunakan dengan betul?Salam sejahtera,

penggunaan wacana tersebut betul.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.10.2020
KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SETELAH BUAT TINJAUAN DI PASARAN, SAYA MENEMUI BUKU-BUKU ILMU PENGETAHUAN DENGAN BAHASA MELAYU ADALAH TERLALU KURANG, DEMI MEMENUHI SUMBER PENYURATAN BAHASA MELAYU DAN MENGUKUHKAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU, SAYA BERMINAT MENJADI PENERBIT BUKU BAHASA MELAYU, TETAPI SAYA TIDAK ADA PENGALAMAN DALAM BIDANG INI. SAYA INGIN MEMBUAT SATU TEMPAHAN DENGAN PIHAK TUAN, UNTUK BERBINCANG PERKARA TERSEBUT, SAYA BERHARAP BOLEH MELAWAT DBP PADA JUMAAT INI. TERIMA KASIH.Terima kasih kerana mempunyai semangat yang tinggi untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.  Untuk soalan ini tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan DBP melalui nombor ini: 03 21479393.Lain-lain12.02.2014
1. Apakah perbezaan antara semaikan dan menyemaikan? 2. Bagi ayat di bawah, mana yang lebih tepat penggunaan perkataan semai. kita perlu semaikan dan kukuhkan nilai kolektif yang menjadi hak dan ikon bersama. atau kita perlu menyemaikan dan mengukuhkan nilai kolektif yang menjadi hak dan ikon bersama. Terima kasih.Ayat yang lebih gramatis menyemaikan: Kita perlu menyemaikan dan mengukuhkan nilai kolektif yang menjadi hak dan ikon bersama.Lain-lain11.01.2015
Saya mohon pengesahan dan penambahbaikan terjemahan tema persidangan kami seperti berikut : Strengthening The Profession For A Sustainable Future diterjemah sebagai ‘Mengukuhkan Profesion untuk Masa Depan yang Mampan' terima kasihPenambahbaikan yang dicadangkan ialah Memperkukuh Profesion untuk Masa Depan yang MampanTatabahasa13.08.2016
Adakah penggunaan imbuhan "me" dan "kan" dibenarkan untuk perkataan " bumi" (membumikan)?. Contoh penggunaan judul buku : Membumikan Syariah atau maksudnya memasyarakatkan syariah. Adakah benar maksudnya begitu?. Terima kasihDalam Kamus Dewan Perdana, membumikan bermaksud mengukuhkan dan mengembangkan. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan membumikan boleh digunakan dalam konteks seperti ayat berikut Kempen Kefahaman Syariah dilihat sebagai usaha untuk membumikan kesedaran undang-undang Islam dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa06.09.2022
BAGAIMANA CARA MUDAH MENERANGKAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PERBEZAAN PENGGUNAAN IMBUHAN ME...I DAN ME...KAN SEBAGAI KATA KERJA DI DALAM AYAT.Penerangan hendaklah dilakukan dengan terperinci kepada pelajar dan setiap penerangan disertai dengan latihan bagi mengukuhkan pemahaman mereka. Sebagai guru semestinya saudara lebih memahami akan permasalahan.Saudara boleh menggunakan Kamus Dewan sebagai rujukan dan menerangkan kepada pelajar makna setiap perkataan apabila mengalami proses pengimbuhan.

Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Harap maklum.
Tatabahasa08.05.2013
Cara meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar di kalangan murid-murid.Sama seperti soalan tentang fungsi tanda baca, penggunaan huruf besar dan kecil juga perlu diberikan penerangan terperinci kepada pelajar dan setiap penerangan disertai dengan latihan bagi mengukuhkan pemahaman mereka. Sebagai guru semestinya saudara lebih memahami akan permasalahan dan ini dan melalui komunikasi (lisan/tulisan)dengan pelajar pasti saudara dapat mengesan tahap pemahaman mereka.Lain-lain29.03.2013
12

Kembali ke atas