Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kuh.kan] | مڠوکوهکن

Definisi : menjadikan kukuh (pertahan­an, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kuh.kan] | مڠوکوهکن

Definisi : menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NUTTING, MARY ADELAIDE

Nutting, Mary Adelaide (1858–1948),

kelahiran Kanada, ialah pemimpin dalam

pembangunan profesional kejururawatan di

Amerika Syarikat. Dia berusaha untuk

mengukuhkan standard profesional dalam kedua-

dua lapangan pendidikan jururawat dan amalan

kejururawatan. Dia membangunkan beberapa

program latihan yang melengkapi pengalaman

amali di hospital dengan mengadakan panduan

kelas dalam aspek prinsip kejururawatan.

UMUM 
SHARIF, OMAR

Sharif, Omar (1932– ) ialah nama pentas bagi

pelakon kelahiran Mesir. Dia menjadi bintang filem

terkenal apabila filem yang dibintanginya,

Lawrence of Arabia (1962) memenangi Academy

Award. Dia mengukuhkan statusnya apabila

melakonkan watak utama dalam filem Dr. Zhivago

(1965). Kedua-dua filem ini dihasilkan oleh

pengarah berketurunan British, David Lean. Pada

mulanya, Omar Sharif melakonkan watak hero

yang romantik, iaitu watak stereotaip yang sukar

dielakkannya. Kemudian, dia melakonkan watak

komedi ringan. Minat peribadinya adalah untuk

menjadi pelakon bertaraf dunia. Omar Sharif lahir

di Iskandariah. Nama sebenarnya ialah Michael

Shalhoub.

UMUM 
IKAT PINGGANG

IKAT PINGGANG, kain panjang yang dililit pada pinggang lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan kedudukan samping atau sarung. Ikat pinggang juga disebut ‘bengkung’.

            Ikat pinggang yang dipakai di atas samping berfungsi sebagai penggalas keris atau senjata lain. Ikat pinggang yang panjang yang dililit beberapa kali di pinggang boleh melindungi pemakainya daripada tercedera semasa bertikam.

BUDAYAArtifak/Mentifak
DEWA RAJADEWARAJA, cantuman daripada perkataan dewa, yakni tuhan dan raja yakni pemerintah. Konsep dewaraja berasal daripada kebudayaan Hindu di India. Di India, konsep dewaraja telah dieksploitasikan oleh para raja atau pemerintah untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka di dunia. Konsep dewaraja bermaksud raja merupakan penitisan daripada dewa atau tuhan.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ADAT PERKAHWINAN MURUT

ADAT PERKAHWINAN MURUT, adat perkahwinan diamalkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di Sabah. Sistem sosial yang menjadi amalan suku Murut di Pensiangan ialah ‘barian’ (hantaran sampai mati) atau ‘barian’ kahwin seumur hidup. Sistem ini masih dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah kahwin. Ibu bapa perempuan atau saudara-maranya berhak meminta atau mengambil sesuatu benda yang disukai daripada menantunya pada bila-bila masa tanpa memikirkan sama ada perbuatannya itu menyenangkan menantunya ataupun sebaliknya.

 

BUDAYAKonsep
ANTARABANGSA

Tabung Pembangunan Pertanian

Antarabangsa (International Fund for

Agricultural Development-IFAD) ialah agensi khas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. IFAD

menyediakan bantuan kewangan untuk pertanian

dan pembangunan luar bandar di negara-negara

miskin yang menganggotai IFAD. Kebanyakan

negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu adalah anggota IFAD.

IFAD membiayai projek yang menggalakkan

peningkatan pengeluaran makanan di negara-negara

membangun. Ia juga berusaha

mengukuhkan dasar dan institusi pertanian negara-negara

ini dan juga meningkatkan taraf pemakanan

dan taraf hidup. IFAD ditubuhkan pada tahun 1977

dan beribu pejabat di Rom.

UMUM 
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU , istilah yang digunakan oleh pihak British di Semenanjung Tanah Melayu bagi merujuk kepada negeri-negeri yang tidak menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang telah dibentuk pada tahun 1896 untuk mengukuhkan kekuasaan British. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PERANG GRANADA

Perang Granada berlaku pada tahun 897 H./

1492 M. antara orang Islam di bawah pimpinan

Bani Ahmar dengan orang Kristian Andalus.

Peperangan ini disebabkan kemunculan kerajaan-

kerajaan kecil Islam di kalangan bangsa Arab yang

dikenali sebagai kerajaan-kerajaan kecil “zaman al-

Tawa’if ”, selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah

di Andalus. Salah satu daripada kerajaan itu ialah

kerajaan kecil Granada yang merdeka pada tahun

630 H./1232 M. dan dipimpin oleh Bani Ahmar.

Perpecahan ini menyebabkan kelemahan orang

Islam di Andalus. Orang Kristian telah mengambil

kesempatan di atas kelemahan orang Islam dengan

mengukuhkan wilayah-wilayah mereka di utara

bagi menghadapi kerajaan-kerajaan Islam Arab ini

yang kebetulan sedang berselisih untuk berebut

kuasa. Selepas itu, satu demi satu kerajaan Islam

jatuh ke tangan orang Kristian kecuali kerajaan

Granada . Hanya kerajaan ini yang tinggal untuk

orang Islam Andalus.

UMUM 
PERANG BUKIT PUTUS

PERANG BUKIT PUTUS, perang saudara pertama di Negeri Sembilan.  Perang ini berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta.  Perang ini melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku antara pembesar negeri untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020, skim saham amanah yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk golongan yang berumur antara 12 tahun hingga 29 tahun.  Skim Amanah Saham wawasan 2020 (ASW 2020) terbuka kepada semua kaum dengan tujuan untuk mengukuhkan perpaduan nasional dan mendorong pembinaan bangsa Malaysia.  ASW 2020 dilancarkan secara rasmi pada 28 Ogos 1996 oleh Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, selaku Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas