Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,

Peribahasa

Menimbang (= mengati) sama berat,
     mengukur sama panjang.

Bermaksud :

Hukuman yang tiada berat sebelah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CKAyat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut.Tatabahasa11.01.2012
apakah kata imbuhan bagi kukur kelapa...mengukur kelapa atai mengkukur kelapa? Jika mengukur.. bukankah kata dasarnya ukur?Kata imbuhan yang betul ialah mengukur. Dalam hal ini, huruf k pada kata dasar (kukur) berubah menjadi ng apabila kata tersebut menerima imbuhan meN-. Contoh lain ialah mengira (kira), mengarang (karang) dan mengata (kata) Ejaan07.07.2011
Apakah maksud "mengukur keberkesanan kawalan yang diambil"?Untuk makluman puan, kami hanya menyediakan perkhidmatan yang berkaitan permasalahan bahasa sahaja. Berkenaan  dengan soalan yang pihak puan kemukakan, sila rujuk pakar yang berkaitan dalam bidang tersebut. Lain-lain01.07.2022
Jururawat "mengukur" suhu pesakit. Adakah penggunaan perkataan " mengukur" betul ?Istilah yang betul ialah menyukat.Istilah23.03.2010
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera?1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai")
2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri"
*Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain-lain12.05.2015
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan?

1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan.

2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali.

Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran.

Istilah13.02.2014
Merujuk kepada lampiran yang disertakan, yang diambil dari buku aktiviti Sains Tahun 3, mohon jelaskan dengan lebih terperinci maksud soalan pada gambar yang dibulatkan. 1) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu cecair di dalam kotak? atau 2) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu kotak minuman?Soalan tersebut memerlukan anda menyata kaedah yang sesuai untuk mengukur sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal, cecair atau gas dalam sesuatu bekas.Lain-lain06.05.2020
Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih.Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan.Lain-lain26.05.2019
Saya pelajar pascasiswazah dalam proses membuat kajian pengesahan instrument untuk mengukur literasi kesihatan pergigian dalam bahasa Melayu. Saya tidak begitu faham kaedah untuk mengira index keboleh bacaan untuk petikan atau rangkap dalam bahasa Melayu. Saya mohon bantuan dari DBP sama ada boleh membantu saya mengira index kebolehbacaan itu atau memberikan saya kaedah pengiraan serta klasifikasi index. Sekian, terima kasihUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan mengira indeks kajian kerana hal ini melibatkan perkara yang teknikal, bukanlah aspek bahasa semata-mata. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam indeks yang telah disediakan. Tatabahasa18.02.2015
Apakah terjemahan 'Native proficiency' dan 'Full professional proficiency' dalam Bahasa Melayu yang digunakan untuk mengukur tahap kefasihan bahasa?Padanan bahasa Melayu untuk "native proficiency" ialah kecekapan penutur asli dan "full professional proficiency" ialah kecekapan profesional penuh. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada kesesuaian dan konteks penggunaan ayat.Makna17.08.2020
1234

Kembali ke atas