Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,

Peribahasa

Menimbang (= mengati) sama berat,
     mengukur sama panjang.

Bermaksud :

Hukuman yang tiada berat sebelah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METER CONDONG

Meter condong ialah peranti untuk mengukur

sudut yang terbentuk satah ufuk. Meter ini mungkin

merupakan jarum bermagnet yang digunakan untuk

mengukur sudut di antara satah dengan medan

magnet bumi, ataupun peranti mekanikal untuk

mengukur sudut yang dibuat oleh pesawat udara.

UMUM 
MAGNETOMETER

Magnetometer ialah alat yang mengukur

kekuatan medan magnet. Magnetometer paling

ringkas dapat mengukur medan magnet yang

berdekatan dengan motor elektrik atau kutub

magnet. Magnetometer begini mempunyai

gelungan wayar yang kecil. Apabila gelungan itu

digerakkan melalui medannya, maka terhasillah

voltan elektrik dalam gelungan itu. Voltan ini

menandakan kekuatan medan magnet itu.

UMUM 
AMPERE

Ampere ialah unit yang digunakan untuk

mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah

satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik,

dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk

mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per

minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik

mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb

(unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian

litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ).

Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb

per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya

magnetik, yang diukur dalam newton, yang

dihasilkan oleh arus.

UMUM 
METER ELEKTRIK

Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus

elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan

meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam,

amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh

pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam.

Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan

selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam

elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik

menyambungkan meter kepada talian yang

membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter

dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat

berdasarkan bacaan ini.

UMUM 
SKALA CELSIUS

Skala Celsius ialah skala untuk mengukur suhu.

Ia adalah sebahagian daripada ukuran metrik.

Penduduk di semua negara utama di dunia

menggunakan skala Celsius untuk mengukur suhu

setiap hari. Ahli sains di seluruh dunia juga

menggunakan skala suhu ini.

UMUM 
TAKOMETER

Takometer ialah peranti yang digunakan untuk

mengukur kelajuan putaran bagi roda atau aci

pemintal, selalunya dalam putaran per minit (rpm).

Takometer juga sering kali digunakan untuk

mengukur rpm enjin pada kereta, kapal laut dan

kapal terbang. Takometer menunjukkan kuasa

enjin dan kepantasannya menukar tenaga kepada

daya mekanikal.

UMUM 
TELEMETRI

Telemetri bermakna mengukur dari jauh. Ahli

sains dan jurutera menggunakan telemetri dalam

berbagai-bagai cara. Ahli sains menghantar belon

cuaca setinggi 30 kilometer atau 50 kilometer ke

udara untuk mengukur suhu, tekanan, dan

kelembapan udara di bahagian atas bumi. Pemancar

radio yang dipasang pada belon menghantar semula

maklumat tersebut ke bumi.

UMUM 
TERMOMETER

Termometer ialah alat yang mengukur suhu

gas, cecair, dan pepejal. Apabila suhu sesuatu

bahan berubah, sesetengah sifat fizikal dan

kimianya juga berubah. Misalnya, bahan boleh

berubah warna, bentuk atau isi padu. Termometer

mengukur satu daripada perubahan ini dan

biasanya menunjukkan saiz perubahan ini sebagai

nombor. Nombor ini boleh ditukarkan kepada nilai

suhu dengan menggunakan skala suhu yang

sesuai. Skala demikian termasuk Fahrenheit,

Celsius, dan Kelvin.

UMUM 
METER AIR

Meter air ialah alat yang mengukur isi padu air

yang mengalir melalui paip atau saluran besar.

Jenis meter air yang paling dikenali memusingkan

nombor pada daftar yang berfungsi seperti

odometer (perekod perbatuan) pada kereta. Jenis

ini digunakan oleh syarikat air untuk mengukur

penggunaan air di rumah, kilang, dan premis

perniagaan.

UMUM 
METEOROLOGI

Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera

bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang

mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi

mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara

dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga

mengukur bahan kimia di atmosfera seperti

karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi

iklim. Dengan menganalisis data tentang

atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal

keadaan cuaca.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas