Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kus] | مڠوکوس

Definisi : 1. memasak atau memanaskan sesuatu dgn menggunakan wap air mendidih: ~ nasi lemak; 2. memanaskan cairan (spt air dll) hingga menjadi wap yg kemudian bertukar semula menjadi cairan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kus] | مڠوکوس

Definisi : memasak atau memanaskan sesuatu dgn wap air panas: ~ nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengukus

Puisi
 

Jangan diharap mengukus pulut,
     Pulut dikukus bergantang-gantang;
Jangan diharap kasih di mulut,
     Kasih pandai hilang datang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Keliru dengan kelompok kata. Adakah perkataan " merebus", "mengukus", "menggoreng" termasuk dalam kelompok homonim? Contoh lain seperti " memotong", "mengerat", mencincang". Terima Kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Misalnya ketam, paku. Oleh itu, perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelompok homonim.Lain-lain11.03.2010
Selamat sejahtera, saya ingin membuat pengesahan bagi lampiran terjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Sekiranya terdapat kesalahan dari aspek tatabahasa dan pengolahan ayat mohon perbetulkan. Terima kasih.Kami mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi teks yang dilampirkan ialah “Gunakan Sos Life Perisa Tiram sebagai bahan tumisan sayur-sayuran atau nasi goreng, untuk memerap daging sebelum direbus atau digoreng bersama-sama dengan rempah-ratus lain, untuk menambah perisa sebelum mengukus atau memanggang; untuk dicairkan sebagai stok masakan mi.”Penyemakan dan penterjemahan09.04.2024

Kembali ke atas