Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umpan (kata nama)
1. Bersinonim dengan pemikat: denak, makanan penawan,

2. Bersinonim dengan mangsa: habuan, sasaran, korban,

Kata Terbitan : mengumpan, mengumpankan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
umpan1 sesuatu, spt cacing, yg dilekatkan pd mata kail dll dan digunakan utk memancing atau utk menangkap binatang: ~ habis, ikan tak dpt. 2 ki sesuatu yg dilakukan utk memerangkap atau utk memperdaya orang. 3 mangsa: menjadi ~ harimau. ~ api bahan mudah terbakar yg digunakan utk menyalakan api. mengumpan 1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan. 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan; melekatkan umpan pd sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
umpan1. sesuatu yg dilekatkan pd kail (di bubuh pd perangkap dll) utk memikat atau menangkap ikan (binatang dll): kalau mengail ikan sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga; 2. makanan (beras, padi, dll) utk binatang ternakan: ~ apa yg engkau berikan kpd ayam engkau ini, semuanya gemuk-gemuk; 3. makanan yg diberikan kpd orang lain; 4. habuan, mangsa: tinggallah bangsa kita yg tiada bersenjata menjadi ~ tentera Jepun; 5. ki sesuatu yg dilakukan utk meme-rangkap (mem-perdaya) orang: langkah tiga sapu ini boleh juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga mengeliru-kan lawan; ~ alir umpan yg digunakan utk menangkap buaya; ~ api sesuatu yg mudah terbakar digunakan utk menyalakan api; ~ golok (keris, peluru) (akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru); ~ harimau mangsa harimau; ~ hawa nafsu sesuatu utk memuaskan hawa nafsu; ~ tekak makanan utk membangkitkan selera makan; ~ habis, ikan tak dapat = habis ~ kerong-kerong tak dapat prb perbuatan atau usaha yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja; ~ seumpan, kail sebentuk prb perbuatan yg sia-sia (kerana tidak mem-punyai persediaan yg cukup); berumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan: taburan berbagai-bagai janji manis yg semuanya ~ wang; mengumpan 1. memikat binatang dgn meng-gunakan umpan: apa yg elok digunakan utk ~ ikan haruan? 2. = mengumpani memberi umpan (makanan dll) kpd; 3. ki melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, ter-pedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dgn sesuatu: orang itu mudah disuap dan diumpan dgn barang-barang mewah; mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan, melekatkan (meletakkan) umpan pd: apa yg engkau umpankan dlm jebak itu?Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumpan1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan. 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengumpan1. memikat binatang dgn meng-gunakan umpan: apa yg elok digunakan utk ~ ikan haruan? 2. = mengumpani memberi umpan (makanan dll) kpd; 3. ki melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, ter-pedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dgn sesuatu: orang itu mudah disuap dan diumpan dgn barang-barang mewah;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumpan1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan.Kamus Pelajar
memancing1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memancing1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi;Kamus Dewan Edisi Keempat
denak1. burung atau binatang pemikat (utk menarik burung atau binatang yg hendak diperangkap dsb), umpan: Dolah batuk menguku-nguku macam ~ tekukur melawan; 2. Kd telur yg digunakan utk mengumpan ayam supaya ber­telur; ayam ~ a) ayam hutan; b) ayam katik; ~ penunggul (burung) pemikat yg dilekatkan pd tunggul kayu; spt ~ mencari lawan prb se­seorang yg gagah dan berani.Kamus Dewan Edisi Keempat
memancing1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja.Kamus Pelajar
pancing1 sekerat dawai bengkok yg hujungnya berkait dan digunakan utk menangkap ikan; mata kail: Sejurus kemudian, ~nya mengena. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai bengkok yg hujungnya berkait yg digunakan utk menangkap ikan; kail. memancing 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. kepancingan berasa sakit tekak ketika menelan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas