Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umpat
Kata Terbitan : umpatan, mengumpat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
umpat, = umpatan 1 kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain. 2 kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan. umpat-umpatan segala macam umpat. mengumpat 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. pengumpat orang yg suka mengumpat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
umpat I= umpatan 1. kata-kata yg ber-maksud utk menodai nama orang (merugikan orang), fitnah: aku dibuang negeri ini kerana ~ orang; 2. kata-kata mengeji (mengejek) kerana marah (menyesali sesuatu dll) terhadap orang yg bersalah dll, cercaan, sesalan: Mak Guna menyudahi nasihatnya dgn umpatan, ‘Seolah-olah kehendak dan perintahku itu bukan utk kebaikanmu sendiri semata-mata’; 3. perasaan kesal yg amat sangat (kerana kata-katanya tidak dipedulikan orang dll), geram, jengkel; tidak ~ yg membunuh, tidak puji yg mengenyang prb jangan dihiraukan sangat umpat atau puji orang kerana kedua-duanya tidak merugikan atau menguntungkan; umpat-umpatan segala macam umpat, pel-bagai kata yg melahirkan rasa kesal (marah dll): dia selalu mendengar ~, bangkit-bangkit­an ibunya; mengumpat 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumpat1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengumpat1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. memarahi (mengutuk, menyumpah) orang kerana berlaku tidak patut kpd kita, menghamun;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumpat1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai.Kamus Pelajar
mendudut1. mencabut: kalau Raden Asan suka mengumpat orang lain, nanti lidah Raden Asan akan didudut dr ke­rongkongan; 2. menghirup (minuman), meneguk, menyedut: dia ~ kopinya yg masih panas; 3. menghisap (rokok), menyedut (udara dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
dudut; mendudut 1. mencabut: kalau Raden Asan suka mengumpat orang lain, nanti lidah Raden Asan akan didudut dr ke­rongkongan; 2. menghirup (minuman), meneguk, menyedut: dia ~ kopinya yg masih panas; 3. menghisap (rokok), menyedut (udara dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
menista1. memberi malu, mencela, meng­aibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosa­nya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya;Kamus Dewan Edisi Keempat
lebai I1. orang yg tahu tentang agama: bibirnya bergerak-gerak bagai ~ membilang tasbih; 2. orang yg mengerjakan sesuatu yg bersangkutan dgn agama Islam; ~ kelarah Kl lebai yg busuk hati (suka mengumpat dan mencela orang); ~ ketayap lebai yg menyangka dirinya mempunyai pengetahuan yg luas tentang agama tetapi sebenarnya tidak; ~ malang orang yg selalu sial; ~ penghulu Id penghulu agama dlm daerah; ~ pulut Kl = ~ tembolok lebai yg suka menerima jemputan kenduri tetapi enggan datang utk beribadat; kelebaian (sifat, sikap, dsb) yg berkaitan dgn lebai: sikap hidup mereka yg ~ dan tidak moden itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
desas-desus1. suara orang berbisik-bisik: dr lorong yg gelap itu terdengar ~ dua orang berbisik-bisik; 2. khabar angin, cakap-cakap orang (yg belum sah): kedua-duanya sudah sepasang, sejodoh, demikian ~ orang; mendesas-desuskan menyebar-nyebarkan berita (khabar) angin, membisik-bisikkan, mendesas-desuskan: sekali-kali tidak pernah aku mengumpat-umpat mereka spt yg didesas-desuskan itu; ® desus.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas