Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon beri penjelasan, manakah yang betul tentang dua daripada ayat yang berikut: 1. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. ATAU 2. Ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. Adakah soalan nombor 2 ini betul?Kedua-dua contoh ayat tersebut betul. Ayat pertama digunakan jika Puan Mary menjadi tetamu kehormat majlis dan pengacara mengumumkan ketibaan beliau agar tetamu bersedia untuk memberi penghormatan. Ayat kedua kebiasaannya digunakan dalam atur cara majlis dan Puan Mary merupakan antara tetamu kehormat majlis.Tatabahasa05.03.2009
Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula. Maksud saya kekeliruan ini timbul daripada pendapat yang mengatakan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek/frasa nama dan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama /kata yang lain. Contohnya: 1. "Mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu" dikatakan salah, yang betulnya ialah 'Mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". 2. RTM Menayangkan semula filem-filem P Ramlee, sepatutnya RTM menayangkan filem-filem PR semula. Menyerahkan kepada Ali buku itu @ Menyerahkan buku itu kepada Ali. Mohon penjelasan. Terima kasihSeperti yang tuan ketahui kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek. Dalam contoh yang diberikan ayat yang betul ialah "membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula" dan "mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". Walau bagaimanapun kita sering juga mendengar ayat tersebut dalam susunan yang kurang tepat seperti "membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu" dan "mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu". Oleh itu, hendaklah kita membiasakan penggunaan yang betul agar penggunaan tersebut menjadi ikutan kepada orang lain.Tatabahasa30.04.2012
Tuan, Adakah ayat di bawah betul atau tidak? Jika tidak, sila beri jawapan yang betul. 1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. 2. Sokongan kepada kepimpinan ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan. 3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan terhadap pelajar yang menggunakan telefon bimbit di sekolah. 4. Adalah diperhatikan iaitu di akhir-akhir ini, peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat. 5. Pemain-pemain bola sepak negara memberi kehormatan kepada penonton di stadium itu. 6. Walaupun soalan-soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, Anita dapat menjawabnya. 7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu. 8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapat lesen berniaga di tapak pasar malam itu. 9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali. 10. Aida memperlihatkan lukisan yang dilukisnya kepada ayah.

Pembetulan telah dibuat bagi ayat-ayat yang berikut:

1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan ...... teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. - ayat tidak lengkap, mengumumkan apa? seperti pindaan atau kajian

2. Sokongan kepada ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan.

3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan menggunakan telefon bimbit di sekolah terhadap pelajar .

4. Akhir-akhir ini, diperhatikan bahawa peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat.

5. Pemain bola sepak negara memberi penghormatan kepada penonton di stadium itu.

6. Walaupun soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, tetapi Anita dapat menjawabnya.

7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu.

8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapatkan lesen berniaga di tapak pasar malam itu.

9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali.

10. Aida memperlihatkan lukisannya kepada ayah.

Pada masa akan datang, untuk menghasilkan ayat yang gramatis dengan penggunaan kata yang tepat dari segi makna dan pembentukan katanya serta mengenal pasti kesalahan dalam setiap ayat, sila rujuk Kamus Dewan, buku Daftar Kata Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa01.08.2011
Penggunaan "Adalah" diletakkan di depan ayat sebagai subjek. Contohnya : 1) "Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru" 2)"Adalah menjadi tanggungjawab seorang anak menjaga ibunya" 3) "Adalah menjadi suatu kesalahan membuang sampah di merata tempat" Adakah ia betul? Jika tidak, apa ayat-ayat yang betul?Kata pemeri adalah tidak digunakan pada pangkal ayat. Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:
1) Dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru.
2) Menjaga ibu  menjadi tanggungjawab setiap anaknya.
3) Membuang sampah di merata tempat ialah satu kesalahan.
Tatabahasa03.05.2013
Salam tuan. Saya ingin bertanya dengan merujuk kepada ayat ini, 'sila rujuk pernyataan/penyataan di bawah. Perkataan mana yg lebih sesuai dengan ayat tersebut, pernyataan atau penyataan? Terima kasihMengikut Kamus Dewan, ‘pernyataan’ ialah 1. kata-kata menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Kata ‘penyataan’ pula ialah perbuatan menyatakan.Makna14.01.2015
Untuk membina soalan yang mana betul/sesuai 1. Pernyataan di atas, 2. Penyataan di atas

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Penyataan pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain) Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, perkataan yang sesuai dengan konteks yang dikemukakan ialah pernyataan.  

Makna31.10.2011
yang mana satu digunakan dalam ayat 'pernyataan' atau 'penyataan'?. contoh 'penyataan' berikut menerangkan.... betul tak?Pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman; 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Penyataan pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain). Dalam ayat ini, yang betul adalah 'pernyataan'.Tatabahasa17.04.2007
Apakah ejaan yang tepat bagi "pernyataan masalah" adakah "pernyataan " atau "penyataan" Mohon pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih Ismail Sulaiman 0139359026Menurut data kami, perkataan pernyataan merujuk 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman; 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Manakala penyataan merujuk perbuatan melahirkan pendapat dan sebagainya. Pada pandangan kami, istilah yang lebih tepat merujuk pada soalan tersebut ialah pernyataan.Makna29.11.2016
1.Pertandingan E-sukan 2.Pertandingan e-Sukan 3.Pertandingan E-Sukan yang manakah yang betul terima kasih

Ejaan perkataan e-sukan (menggunakan huruf kecil atau besar) mengikut konteks seperti berikut:

(1) Penggunaaan perkataan e-sukan digunakan sebagai tajuk/ kata nama khas: 
     
Pertandingan E-sukan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

DBP menganjurkan E-sukan DBP buat julung-julung kalinya....

(2) Penggunaan umum dalam ayat:

Majlis Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan e-sukan akan menjadi sukan rasmi pada Sukan Asia 2022. 


Ejaan19.09.2023
Salam sejahtera. Saya masih keliru tentang penggunaan istilah 1. Pernyataan 2. Penyataan. Apabila saya membaca cadangan-cadangan jawapan yang diberikan ada yang tidak tekal (jawapan daripada tahun 2010 hingga 2014). Untuk pembinaan soalan untuk pelajar, yang manakah yang lebih tepat? 1. Berdasarkan pernyataan di atas.... 2. Berdasarkan penyataan di atas dan 1. Pernyataan masalah... 2. Penyataan masalah Jika salah, mengapa? Sekian, terima kasih.Mohon maaf kerana lambat menjawap pertanyaan tuan. Menurut data kami, perkataan pernyataan merujuk 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman; 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Manakala penyataan merujuk perbuatan melahirkan pendapat dan sebagainya. Pada pandangan kami, istilah yang lebih tepat merujuk pada soalan tersebut ialah pernyataan.Makna21.12.2015
12

Kembali ke atas