Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.ci] | مڠونچي

Definisi : 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.ci] | مڠونچي

Definisi : menutup pintu (peti dll) dgn kunci; mengancing: Masing-masing ~ pintu dan tidak berani keluar rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kunci (kata nama)
1. Bersinonim dengan kancing: tutup, selak, katup, ketap, penutup,

2. Bersinonim dengan petua: formula, rumusan,

Kata Terbitan : mengunci, pengunci, terkunci,

Peribahasa

Sudah kalah baru berkubu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interlocksaling mengunciKejuruteraanTiada1. Saling mengunci: Berkaitan dengan peranti yang digerakkan oleh kendalian peranti lain, supaya menghasilkan kendalian yang sama.
catenanekatenanaFizikNanoteknologiMolekul yang mengandungi dua atau lebih gelang yang saling mengunci. Molekul ini berukuran 0.5 nm panjang dan 1 nm lebar dan berfungsi sebagai suis nano. Gelang saling mengunci ini tidak dapat dipisahkan tanpa memecahkan ikatan kovalen makrokitar.
interlockingsaling mengunciGeologiTiadaTiada
interlocksaling mengunciPerubatanTiadaTiada
interlockingsaling mengunciKejuruteraanTiadaPerihal memaksa voltan pada satu frekuensi mempunyai langkah yang sama dengan voltan pada frekuensi yang lain.
interlocksaling mengunciKejuruteraanTiada2. Peranti yang digunakan untuk menghalang pengaktifan unit pengawal sehingga syarat-syarat pengendaliannya telah dipenuhi.
mechanical interlockingsaling mengunci mekanikPerubatanTiadaTiada
locking washersesendal mengunciKejuruteraanTiadaSesendal padu atau belah yang ditempatkan di bawah nat atau skru untuk mengelakkan pelonggaran oleh tekanan.
locking nutnat mengunciKejuruteraanTiadaTiada
locking deviceperanti mengunciKejuruteraanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas