Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.dang] | مڠوندڠ

Definisi : mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dsb): dia ~ bebe-rapa teman sekerja ke rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.dang] | مڠوندڠ

Definisi : Mn selalu membawa bersama­-sama (ke mana-mana); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.dang] | مڠوندڠ

Definisi : mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undang
Kata Terbitan : mengundang, pengundang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah yang betul? 1)mengundang masalah 2)mengundang kepada masalahFrasa yang betul ialah "mengundang kepada masalah"Tatabahasa23.09.2021
manakah yang betul? 1)mengundang masalah 2)mengundang kepada masalahAyat yang betul ialah mengundang kepada masalahTatabahasa18.09.2021
Turut hadir atau yang turut hadir? Turut diundang atau yang turut diundang? Turut mengundang atau yang turut mengundang?Kedua-dua frasa, turut hadir dan yang turut hadir boleh digunakan.Tatabahasa20.07.2012
1)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya. 2)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumah Mohan. Ayat di atas yang mana satu tepat dan betul?Mengapa?Ayat yang betul ialah "Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya."


Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat tersebut, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga.
Tatabahasa30.07.2013
Kemasukan pendatang asing ke Malaysia boleh mempercepat pembangunan negara, namun secara tidak langsung telah (membawa/mengundang) gejala sosial. Perkataan "membawa/mengundang" sesuai digunakan dalam ayat di atas? Boleh berikan penjelasan?Terima kasih.Ayat yang betul ialah; Kemasukan pendatang asing ke Malaysia boleh mempercepat pembangunan negara, namun secara tidak langsung telah membawa gejala sosial. - membawa bermaksud  mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan.Tatabahasa30.11.2010
Benarkah ayat ini : Amir menjemput adik dan saya ke majlis perkahwinannya. Betul ataupun tidak perkataan menjemput digunakan,atau perkataan mengundang lebih tepat? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan, menjemput bermaksud: 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong; dan 2. mengajak atau mengundang. Oleh itu, dalam konteks ayat tersebut perkataan menjemput atau mengundang kedua-duanya betul.Tatabahasa06.03.2013
Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'menjemput' dengan 'mengundang'? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan undang bermaksud mempersilakan datang, menjemput(supaya menghadiri sesuatu majlis). Perkataan jemput bermaksud mengajak, menyilakan datang mengundang. Oleh yang demikian dalam penggunaan di negara kita tidak ada perbezaan dari segi makna dan penggunaan.Makna24.04.2008
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya ____ pakar bahasa dari Universiti Malaya untuk memberikan ceramah. mengajak/mengundang/mempelawa , yang manakah paling sesuai?? dan apakah perbezaan antara perkataan tersebut?Dari segi makna, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. 

Mengundang ialah mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya.

Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi.

Mempelawa pula bermaksud meminta supaya ikut bersama atau datang; mengajak; mempersilakan: Dia ~ saya datang ke rumahnya.
Tatabahasa16.07.2013
Adakah penggunaan "panggilan mesyuarat" bagi mengundang ahli mesyuarat menghadiri sesuatu mesyuarat tepat?

Frasa "panggilan mesyuarat" boleh digunakan kerana perkataan “panggilan” juga membawa maksud undangan atau jemputan untuk ke sesuatu tempat atau untuk menyertai sesuatu. (Kamus Dewan Perdana)

Lain-lain27.09.2022
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas?Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'.Tatabahasa25.11.2008
123

Kembali ke atas