Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.ju.ngi] | مڠونجوڠي

Definisi : mendatangi utk melihat­-lihat (tempat dll) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi: pelancong-pelancong yg ~ bandar tersebut tertarik dgn keindahannya; lama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.ju.ngi] | مڠونجوڠي

Definisi : mendatangi sesuatu tempat utk melihat-lihat atau utk menemui orang; menziarahi: Tiap-tiap hari tidak putus-putus orang ~ Muzium Negara. Lama benar saya tidak ~ saudara-mara saya di kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali mengunjungi ke gerai Pak Cik Lim. sama ada ayat ini betul? Terima kasih

Ayat ini salah kerana mengandungi unsur lewah “mengunjungi ke”. Ayat yang betul ialah Ali mengunjungi gerai Pak Cik Lim.

Tatabahasa25.02.2014
Mereka akan mengunjungi jiran tetangga pada majlis rumah terbuka. Adakah perkataan "pada" itu salah? Apakah ayat yang betul sekiranya ayat tersebut salah?Mereka akan mengunjungi jiran tetangga pada majlis rumah terbuka. Ayat ini betul.Tatabahasa21.05.2020
Tolong membantu saya menyemak bina ayat ini keselurahannya. 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita menghargai masa yang diibaratkan sebagai emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal-ehwal dunia dan tidak dianggap sebagai katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung wang angkos walaupun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang bagi para pelajar bersua antara satu sama lain bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua hendaklah dengan menyayangi mereka agar mendapat kepuasan yang tidak terpermanai banyaknya. 9.Masyarakat yang berbilang bangsa hidup gembira dan aman menyempenakan negara. 10.Negara Malaysia sebuah negara yang beragama dan beretika dalam pelbagai kaum terdiri daripada adat istiadat,saling berkunjung,saling membantu dalam keadaan yang indah permai bak kata cendekiawan indah ialah kata yang lahir daripada keadaan sebuah negara yang maju.

2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas.
3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa;  Melentur biarlah waktu rebung.
 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.
5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta.
7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti  bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan  yang terpermanai.
 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni.
 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta  hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk  mencapai negara yang bertamadun.

 

Tatabahasa24.08.2018
Assalamualaikum, Saya telah mengunjungi http://prpm.dbp.gov.my/ dan mencuba untuk mendapatkan maksud komputer dan tulisan jawi untuk komputer. Apa yang mengecewakan, komputer ditulis sebagai " کروسي" dengan sebutan "[ke.ru.si]". Mohon dibetulkan,Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami telah memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berwenang untuk diambil tindakan segera.Lain-lain09.01.2018
Rasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini. Salam Ramadan tuan. Pertanyaan saya - jika pusat beli-belah (bukan pusat membeli-belah), bagaimana pula dengan 'aktiviti merentas desa', 'gas memasak', 'aktiviti berlari setempat', aktiviti 'menulis karangan', (sekadar beberapa contoh). Tidakkah apa yang saya catatkan itu membawa maksud sama dengan 'pusat membeli-belah'? Mohon penjelasan tuan. Sekian, terima kasih.Lazimnya dalam penamaan kita menggunakan bentuk kata nama seperti Pusat Beli-belah. Berdasarkan contoh yang tuan berikan frasa yang betul ialah aktiviti rentas desa dan aktiviti lari setempat. Walau bagaimanapun terdapat beberapa frasa penamaan yang tidak mengikut rumus tersebut kerana telah mantap penggunaannya dalam masyarakat seperti termasuklah pertandingan melukis dan pertandingan mengarang esei. Hal ini dianggap sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu.Tatabahasa03.08.2012
Bagaimana dengan ayat 'Tujuan segelintir pelancong asing yang mengunjungi negara ini adalah untuk membeli-belah barangan kulit, kraf tangan selain melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah'?Ayat yang dinyatakan betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa05.10.2013
Salam, Bolehkah istilah "Berkunjung salam" digunakan untuk membawa maksud mengunjungi rumah ke rumah sempena Hari Raya sambil bersalam-salaman. Terima kasih.Berkunjung ialah kata kerja dan lazimnya diikuti kata sendi nama seperti berkunjung ke rumah. Frasa berkunjung salam adalah tidak tepat.Tatabahasa23.06.2016
apakah makna lawatan?

Maknanya ialah perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan.

Makna10.10.2009
Apakah yang dapat dibincangkan mengenai dialek mengikut konteks sosial?Mohon agar saudara mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP.Lain-lain17.09.2007
UNTUK KELULUSAN PAPAN TANDA.Untuk mendapatkan perkhidmatan pengesahan iklan papan tanda premis, tuan boleh mengunjungi Kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi Menara DBP KL atau Kaunter DBP  wilayah dan cawangan dengan membawa bersama-sama 2 salinan visual iklan (berwarna) yang hendak disahkan dan dikenakan bayaran RM10.00. Tuan boleh juga menggunakan Perkhidmatan Dalam Talian  melalui www.dbpsahbahasa.my. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan laman tersebut dan kadar bayaran yang sama dikenakan. Bukti pengesahan bahasa dalam talian diberikan dalam bentuk sijil yang dapat dicetak setelah iklan tersebut lulus.Lain-lain17.04.2018
12345678910...

Kembali ke atas