Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Perkhimatan monorel di ibu kota mengurangkan kesesakan lalu lintas. 2. Perkhidmatan monorel mengurangkan kesesakna lalu lintas di ibu kota. Yang manakah satu ayat adalah betul ?Ayat no.1 atau 2 ? Terima kaish.Kedua-duanya betul.Tatabahasa28.06.2010
Salam sejahtera, 1.Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa (dengan/ dalam ) menjalankan urusan rumah tangga. (dengan/ dalam yang patut digunakan?) Terima kasih.Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menjalankan urusan rumah tangga.Tatabahasa18.07.2018
Assalamualaikum. Jawapan yang diberi oleh panel DBP bertarikh 18.07.2018 saya rujuk. [Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menjalankan urusan rumah tangga]. Soalan saya, dalam bahasa Melayu, "dalam" hanya ada 3 fungsi setakat ini, iaitu sebagai: 1. Kata adjektif Contoh; Air sungai itu dalam dan deras. 2. Kata sendi nama Contoh; Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. (selepas "dalam" KN) 3. Kata arah Contoh; Baju itu ada di dalam almari. Setakat ini, Tatabahasa Dewan dan Nahu Mutakhir belum lagi memasukkan "dalam' sebagai kata hubung keterangan. Oleh hal yang demikian, jawapan yang diberikan oleh DBP [dalam menjalankan urusan rumah tangga] itu mengikut rumus apa? Saya memerhatikan bahawa ramai pengguna bahasa Melayu sekarang ini cenderung menggunakan "dalam" selepasnya kata kerja. Adakah ayat itu gramatis? atau pengguna bahasa perlu menambah kata "usaha" seperti dalam usaha menjalankan urusan rumah tangga. Mungkin boleh juga digantikan dengan tatkala atau ketika. Sekian, harap maklumKami bersetuju dengan pandangan tuan, kata "dalam" hanya berfungsi sebagai kata sendi nama, kata adjektif dan kata arah. Oleh itu, ayat yang betul ialah "... dapat mengurangkan beban ibu bapa untuk menjalankan urusan rumah tangga." Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dalam jawapan kami sebelum ini.Tatabahasa18.04.2019
MIMOS sedang membangunkan sebuah projek untuk mengurangkan jurang digital bandar dan luar bandar. Mohon pihak DBP untuk terjemahkan ayat dibawah dalam penggunaan ICT BI- BM 1.Setting 2.Info channel 3.Soft phoneSetting = latar; Info Channel = saluran maklumat; Soft Phone = fon maya.Makna25.02.2008
Tuan, Jawapan manakah di bawah adalah betul (atau kedua-dua jawapan juga betul). 1. ____________________ harga minyak dalam pasaran dunia menyebabkan kerajaan telah mengurangkan subsidi bahan bakar tersebut. a) Kenaikan b) Peningkatan 2. Pergerakan Hafiz dalam pertandingan badminton itu kelihatan _______________ kerana dia semakin mahir dalam sukan tersebut. a) lincah b) tangkas Terima kasih. Cik OngSekiranya merujuk makna dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, jawapan untuk soalan satu ialah "Kenaikan" dan jawapan bagi soalan dua, kedua-duanya boleh diterima.Lain-lain23.04.2018
1. ejaan jawaban atau jawapan yang betul? 2. banyak orang atau ramai orang yang betul? 3. Untuk mengurangkan masalah disiplin, guru mesti merotan pelajar yang melakukan kesalahan. Soalan saya: Bolehkah memulakan ayat dengan "untuk"? Terima kasih. 4. Kita tidak patut memakai pakaian yang menjolok/mencolok mata. menjolok atau mencolok yang betul? Terima kasih.

1. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. 

2. Banyak orang dan ramai orang, kedua-duanya betul. Lazimnya 'ramai orang' merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala 'banyak orang' merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.

3. Kata "untuk" boleh digunakan pada permulaan ayat dalam konteks ayat songsang, iaitu apabila susunan frasa predikat mendahului frasa subjek.

4. Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Berdasarkan makna yang tersebut, menjolok mata dan mencolok mata, kedua-duanya betul tetapi lazimnya kita menerima pakai kata kiasan (mencolok mata) untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya.

Tatabahasa29.04.2011
Selamat petang. 1.Ramai orang yang berasa kurang gemar untuk melakukan aktiviti senaman.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah ,mohon beri penjelasan. 2.Selain itu,aktivit senaman merupakan kegiatan riadah yang akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah,mohon beri penjelasan. 3.Bukan itu sahaja,kita juga dapat melegakan stres dan tekanan perasaan yang kita hadapi.Contohnya,setelah kita penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan mengurangkan tekanan kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul? Jika salah,mohon beri penjelasan.Sekian,terima kasih.

Selamat ptg:

1. Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah.
2. Maksud senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ayat yang dicadangkan Aktiviti riadah dapat melapangkan fikiran kita.
3. Sres dan tekanan mempunyai makna yang sama. Ayat yang dicadangkan: Selain itu, aktiviti riadah dapat melegakan tekanan yang kita hadapi.
4. Setelah penat belajar, kita boleh menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain06.11.2016
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ).Jawapan 1:
B. kuncup

Jawapan 2:
D. likat

Jawapan 3:
A. tepi
Tatabahasa12.03.2013
Apakah terjemahan yang tepat untuk "trade union density" dan "union busting"? Contoh ayat seperti berikut: 1. The decline in trade union density among these workers shows that a large proportion of them are in the private sector. 2. Union busting is a range of activities undertaken to disrupt or prevent the formation of trade unions.Perkataan trade union density boleh diterjemahkan kepada kadar keahlian kesatuan pekerja atau kekuatan kesatuan pekerja dan union busting boleh diterjemahkan kepada mengurangkan kuasa atau memusnahkan kuasa kesatuan pekerja. Walau bagaimanpun cadangan ini perlu disesuaikan dengan konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2018
Salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan perbezaan antara perkataan dikurangkan dengan perkataan dikurangi. Terima kasih dan salam hormat.

Untuk makluman, apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi apitan meN-...-kan. Contohnya "mengurangkan" (bentuk aktif) dan "dikurangkan" (bentuk pasif). Manakala, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi apitan meN-...-i, contohnya "mengurangi" (bentuk aktif) dan "dikurangi" (bentuk pasif). Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 202 dan 208.1">

Tatabahasa01.01.2020
12

Kembali ke atas