Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.rus.kan] | مڠوروسکن

Definisi : menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rus.kan] | مڠوروسکن

Definisi : menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan ayat yang manakah sesuai? "...dalam menguruskan" atau "...untuk menguruskan" Contoh:- (1) Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis dalam menguruskan perkara yang berhubungan dengan Riqab menurut Peraturan-Peraturan ini; atau (2) Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis untuk menguruskan perkara yang berhubungan dengan Riqab menurut Peraturan-Peraturan ini.Ayat yang betul ialah Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis untuk menguruskan perkara yang berhubung dengan Riqab menurut Peraturan-peraturan ini.Lain-lain16.02.2021
salam tuan, izinkan saya bertanya. betulkah perkataan "menguruskan" mempunyai dua kata dasar yang berlainan maksud, iaitu, urus dan kurus ? terima kasihBetul, kata 'urus' dan 'kurus' kedua-duanya boleh diimbuhkan menjadi 'menguruskan'. makna 'menguruskan' bergantung pada makna kata dasar yang menbentuknya.Tatabahasa27.05.2013
salam, saya menguruskan hotel didalam UTM. apakah perkataan sesuai dalam bahasa melayu bagi "hotel reception" utk saya letakkan pada signage hotel saya. terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah hotel reception dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah reception counter, reception area dan reception hall yang padanan bahasa Melayunya ialah kaunter sambutan, ruang sambutan dan dewan sambutan. Oleh itu, istilah yang kami cadangkan untuk hotel reception ialah kaunter sambutan atau ruang sambutan.Istilah20.09.2012
Adakah istilah ‘menguruskan semula’ betul digunakan dalam ayat? Contohnya : “Berikutan dengan penangguhan majlis ini, kami akan menyelesaikan isu lesen terlebih dahulu sebelum menguruskan semula majlis pelancaran ini”Ayat yang betul ialah “Berikutan dengan penangguhan majlis ini, kami akan menyelesaikan isu lesen terlebih dahulu sebelum mengurus semula majlis pelancaran ini”. Penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "mengurus" kerana "menguruskan" bermaksud menjadikan kurus tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa21.01.2022
untuk menguruskan dan membangunkan keupayaan didalam kesedaran awam. kegunaan didalam betul? atau dalam sahaja?Ayat yang betul ialah: untuk menguruskan dan membangunkan keupayaan dalam kesedaran awam. Untuk makluman, kata sendi nama "dalam" digunakan  di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya.   Tatabahasa20.03.2012
Adakah jantina lelaki yang berjawatan menguruskan kewangan boleh bendahari atau bendahara?

Tuan,

Sama ada lelaki atau perempuan yang  menguruskan wang persatuan dan seumpamanya boleh dipanggil bendahari, rujuk nombor 2. - 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; penghulu ~ ketua bendahari; 2. pengurus wang kesatuan dll.

Terima kasih.

Istilah19.01.2011
Tuan, bentuk yang manakah betul, "mengurus" atau "menguruskan"?Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama, iaitu:
mengurus = 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll); dia sudah tua, tidak ada siapa yang~ kebun getahnya; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna dll) memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll)4. menguruskan = menyelenggarakan supaya berjalan dsb dengan baik (perniagaan, perdagangan,dll) memimpin dan mengatur ( perjalanan sesuatu perbadanan, dll), mengelolakan, menjalankan; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara (supaya sempurna), meyelesaikan (perselisihan, dll).
Tatabahasa14.03.2015
Wujud" pertindihan usaha "dalam menguruskan operasi kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya tugas. Apakah maksud rangkaian perkataan bagi pertindihan usaha dalam ayat ini?Wujud pertindihan usaha dalam menguruskan operasi kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya tugas. Maksud "pertindihan usaha" dalam ayat tersebut ialah berlehih-lebihan atau berlaku pengulangan dalam perkara yang dilakukan. Makna21.02.2023
Chee Wei [meletakkan ] sebidang permaidani di ruang tamu rumahnya.Mengapakah kita tidak menggunakan menghamparkan atau menguruskan?Perkataan menghamparkan juga boleh digunakan dalam ayat tersebut. Manakala untuk perkataan menguruskan, tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Lain-lain21.08.2021
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'..Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu;

mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis;
Tatabahasa17.10.2012
123456789

Kembali ke atas