Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.rus.kan] | مڠوروسکن

Definisi : menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rus.kan] | مڠوروسکن

Definisi : menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASIMenguruskan hal-ehwal tenaga, telekom dan pos.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAHMenguruskan hal-ehwal tanah dan koperasi.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
AGENSI PELANCONGAN

Agensi pelancongan ialah perniagaan yang

membantu mengatur perjalanan dan percutian

orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang

berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi

pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan

pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk

melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini

juga menawarkan panduan bagi pelanggannya

untuk memperoleh pasport dan visa yang

diperlukan untuk melancong ke luar negara.

Agensi pelancongan juga memberikan maklumat

tentang undang-undang dan peraturan sesebuah

negara kepada pelanggannya. Agensi ini

mengatur pelancongan untuk orang

perseorangan atau secara berkumpulan.

UMUM 
PERKHIDMATAN AWAM

Perkhidmatan awam terdiri daripada pekerja

di bawah jabatan kerajaan untuk mentadbir

perkhidmatan awam sesebuah negara. Contohnya,

pegawai yang menguruskan bahagian perkhidmatan

luar negeri, jabatan percukaian dan jabatan

kesihatan awam adalah antara kakitangan awam. Di

kebanyakan negara, polis dan guru sekolah adalah

pekerja terus bagi negeri dan dianggap sebagai

kakitangan awam. Di sesetengah negara, pegawai

kanan sebuah syarikat awam yang dikawal oleh

kerajaan juga dianggap sebagai kakitangan awam.

Di kebanyakan negara, pekerja yang berkhidmat

dengan pasukan ketenteraan atau bekerja di bawah

kerajaan tempatan tidak dikira sebagai kakitangan

awam (lihat Kerajaan tempatan) .

UMUM 
ANESTETIK

Anestetik merupakan satu cabang perubatan

yang berkaitan dengan penggunaan dadah untuk

menghilangkan kesakitan dan tekanan semasa

pembedahan dan bersalin. Doktor dalam bidang

ini dinamakan pakar bius. Dia menguruskan

dadah yang disebut anestetik.

UMUM 
MEMBELAH KAYU

Membelah kayu ialah sejenis sukan

pertandingan yang popular di Australia dan New

Zealand. Pertunjukan pertanian negeri ini menarik

lebih daripada 150 orang ahli mengapak kayu

termasuk peserta dari luar negara. Badan yang

menguruskan pertandingan itu di Australia ialah

Persatuan Pengapak Kayu Australia.

UMUM 
BURGHLEY, LORD

Burghley, Lord ( 1520–1598) juga dieja Burleigh,

ialah negarawan Inggeris. Burghley menguruskan

hal ehwal luar dan dalam England semasa

pemerintahan Ratu Elizabeth I, satu zaman yang

sering dikenali sebagai Zaman Keemasan Inggeris.

UMUM 
SYEIKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN

Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin (1869–1957),

ulama dan pengarang. Ketika berusia 13 tahun, dia

pergi ke Makkah bersama sepupunya, Syeikh

Ahmad Khatib al-Minangkabau. Di Makkah

mempelajari ilmu nahu, saraf, mantiq, fiqh, bayan,

maani, handasah dan lain-lain lagi. Dia juga bertugas

menguruskan jemaah haji yang datang ke Makkah.

UMUM 
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor.  Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.  Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TABUNG HAJITABUNG HAJI, badan yang menguruskan pemergian umat Islam menunaikan haji di Makkah, dan merupakan satu-satunya badan amanah yang dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam di Malaysia.  Tabung Haji atau nama penuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji ditubuhkan pada 8 Ogos 1969.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas