Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjalankan kegiatan jual beli (perniagaan dsb): sejumlah 9000 unit saham Metrojaya diurusniagakan sebaik sahaja pasaran dibuka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengurusniagakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, maksudnya segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan termasuk semua awalan meN-, ber- dan di- perlulah dijarakkan perkataan atau dipisahkan perkataannya. Seperti: mengulang kaji dan bersatu padu? Dan segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan termasuk semua apitan seperti ke-...-an, peN-...-an, pe-...-an, meN-...kan, meN-...-i, TIDAK PERLU dijarakkan atau dipisahkan perkataannya seperti pengemaskinian (peN-...-an), pengulangkajian (peN...an), menguatkuasakan (meN-...-an), dikuatkuasakan (di-...-kan), mengurusniagakan (meN-...-kan) dan menyatupadukan (meN-...-kan)? Ada contoh kata kerja majmuk yang diimbuhkan "ke-...-an" yang tidak perlu dijarakkan atau dipisahkan perkataannya tak? Natijahnya, kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan perlu dieja terpisah, manakala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan perlu dieja bercantum?Kata majmuk yang menerima awalan (seperti di-, ber-) atau akhiran (seperti -nya, -kan) dieja sebagai dua perkataan, seperti berterima kasih dan urus setianya. Walau bagaimanapun kata majmuk yang menerima apitan (seperti peN-...an, ke-...-an, meN-...-kan) dieja sebagai satu perkataan, seperti pengemaskinian, keluarbiasaan dan mengurussetiakan.Tatabahasa07.05.2014
1) BOLEHKAH KATA SISIPAN BERADA SELEPAS KATA KERJA? 2) BOLEHKAH KATA MAJMUK DIRAPATKAN APABILA MENERIMA IMBUHAN APITAN? 3) BERIKAN CARA UNTUK MENGGUNAKAN IMBUHAN MEMPER- DAN MEMPER-KAN DENGAN BETUL

1. Proses sisipan boleh berlaku dalam kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif, kata nama atau kata kerja (bukan selepas kata kerja).

2. Kata majmuk boleh dirapatkan apabila menerima apitan atau imbuhan di awal dan akhir perkataan tersebut, contohnya: urus niaga - mengurusniagakan.

3. Dalam bahasa Melayu awalan memper- ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 177-180. Manakala apitan memper-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-kan ini bersifat transitif, iaitu memerlukan objek untuk melengkapkan maksud/ayatnya. untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 208-211.

Tatabahasa14.04.2009

Kembali ke atas