Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjalankan kegiatan jual beli (perniagaan dsb): sejumlah 9000 unit saham Metrojaya diurusniagakan sebaik sahaja pasaran dibuka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengurusniagakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Islamic capital marketpasaran modal IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang mengurusniagakan produk kewangan Islam yang terdiri daripada saham dan bon jangka panjang. Urus niaga ini termasuk penerbitan saham dan bon baharu serta penjualan saham dan bon yang sedia ada. Penubuhan pasaran ini bertujuan untuk memiliki kekayaan dan mempertingkatkan aktiviti ekonomi. Penerbitan saham dan bon baharu ini boleh menggunakan akad perkongsian dan akad hutang, manakala penjualan bon sedia ada pula menggunakan akad bai‘ dain.
Islamic money marketpasaran wang IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang mengurusniagakan produk kewangan Islam jangka pendek, iaitu produk yang mempunyai tempoh matang kurang dari setahun. Urus niaga ini termasuk penerbitan produk kewangan yang baharu dan penjualan produk kewangan sedia ada. Penubuhan pasaran ini membolehkan pelabur melabur dalam produk kewangan jangka pendek dan menyediakan mudah tunai. Penerbitan produk kewangan yang baharu boleh menggunakan akad perkongsian dan akad hutang, manakala penjualan produk kewangan yang sedia ada pula menggunakan akad bai‘ dain. Contoh produk kewangan Islam adalah seperti sijil pelaburan kerajaan, penerimaan jurubank-i dan pelaburan antara bank.
Islamic equity securities marketpasaran sekuriti ekuiti IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang mengurusniagakan sekuriti ekuiti Islam. Pasaran ini boleh berbentuk pasaran primer, pasaran sekunder dan pasaran modal. Urus niaga ini didenominasikan dalam mata wang domestik sahaja. Akad yang terlibat dalam urus niaga ini adalah seperti mudarabah, musyarakah atau musyarakah mutanaqisah. Peserta dalam pasaran sekuriti ekuiti Islam terdiri daripada institusi kewangan, syarikat dan individu. Pasaran ini memberi kemudahan kepada pengeluar untuk mendapatkan modal, dan kepada peserta untuk melabur dan mendapatkan kemudahan mudah tunai.
Islamic debt securities marketpasaran sekuriti hutang IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang mengurusniagakan sekuriti hutang Islam. Pasaran ini boleh berbentuk pasaran primer, pasaran sekunder, pasaran wang atau pasaran modal. Urus niaga ini didenominasikan dalam mata wang domestik atau dalam mata wang lain. Akad yang terlibat dalam urus niaga ini adalah seperti jual beli hutang atau bai‘ dain. Peserta dalam pasaran sekuriti hutang Islam terdiri daripada institusi kewangan, syarikat dan individu. Pasaran ini memberi kemudahan kepada peserta untuk mendapatkan modal segera, mudah tunai dan pemodalan semula.
Islamic interbank money market (IIMM)pasaran wang antara bank secara IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang mengurusniagakan produk kewangan Islam jangka pendek antara institusi kewangan. Melalui pasaran ini, institusi kewangan yang mempunyai lebihan dana boleh melabur ke institusi kewangan lain yang memerlukan dana untuk mendapatkan pulangan. Urus niaga ini melibatkan instrumen kewangan Islam antara bank, pelaburan antara bank secara Islam atau pelaburan mudarabah antara bank dan sistem penjelasan cek antara bank secara Islam.
25% based measurementukur rujuk 25 peratusEkonomiEkonomi IslamSumbangan pendapatan syarikat sebanyak 25% yang dijana daripada aktiviti yang boleh menjejaskan status syariah. Aktiviti utama syarikat adalah jelas halal tetapi terlibat dengan aktiviti sampingan yang haram. Kedua-dua aktiviti sukar dipisahkan. Contohnya, aktiviti pengendalian hotel yang menyediakan minuman keras dan perniagaan saham yang mengurusniagakan saham syaikat yang tidak patuh syariah.

Kembali ke atas