Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.sul.kan] | مڠوصولکن

Definisi : mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.sul.kan] | مڠوصولکن

Definisi : mengemukakan sesuatu pendapat utk disetujui dll; menganjurkan; mencadangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAMS, JOHN QUINCY

Adams, John Quincy (1767–1848) ialah

presiden keenam Amerika Syarikat (1825–1829).

Ayahnya, John Adams, ialah presiden kedua

Amerika. John Quincy Adams mengusulkan

program perundangan yang hebat, tetapi dia gagal

mendapat sokongan Kongres.

UMUM 
BURNET, SIR MACFARLANE

Burnet, Sir Macfarlane (1899–1985), doktor

dan ahli virologi Australia, yang berkongsi Hadiah

Nobel tahun 1960 bagi fisiologi atau perubatan

dengan Peter Brian Medawar. Pada tahun 1949,

Burnet mengusulkan hipotesis (mungkin idea

yang benar) bahawa dalam keadaan tertentu, tisu

dan organ boleh dipindahkan dengan jayanya

daripada seekor haiwan ke haiwan lain. Idea ini,

yang dinamakan toleran imunologi perolehan

kemudiannya dibuktikan oleh Medawar dan

pekerja bersamanya.

UMUM 

Kembali ke atas