Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.ta.ra.kan] | مڠوتاراکن

Definisi : 1. melahirkan apa yg tersemat di hati (pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2. mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan: dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3. menunjukkan (bkn jarum jam); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.ta.ra.kan] | مڠوتاراکن

Definisi : 1 menge­mukakan sesuatu pendapat (usul dsb); mencadangkan: Beliau ~ usul supaya orang ramai menyertai syarikat kerjasama itu. 2 melahirkan apa-apa yg terpendam di hati; menyatakan; mengatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
narrative versesajak naratifKesusasteraanTiadaSajak yang mengutarakan pengisahan cerita secara terperinci.
narrative poempuisi kisahKesusasteraanTiadaSajak yang mengutarakan pengisahan cerita secara terperinci.
tenconstensonKesusasteraanTiadaLirik puisi yang dicipta oleh Provencal dimana dua orang trubador yang berlawan mengutarakan stanza silih berganti. Akhirnya melahirkan puisi perdebatan.
tensontensonKesusasteraanTiadaLirik puisi yang dicipta oleh Provencal yang mengisahkan dua orang trubador yang berlawan mengutarakan stanza silih berganti yang akhirnya melahirkan puisi perdebatan.
team interviewtemu bual kumpulanPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan seorang murid mengutarakan soalan kepada murid yang lain untuk mendapatkan maklumat diri.
proletarian literaturesastera proletarianKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang mengisahkan kehidupan masyarakat kelas bawahan. Tujuannya adalah sebagai suatu propaganda untuk mengutarakan masalah ekonomi dan sosial kelas bawahan terhadap golongan atasan atau pemerintah. Contoh karya sebegini ditemui dalam novel karya Walter Greenwood bertajuk Love on the Dole. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.
limited omniscienceserba tahu terbatasKesusasteraanTiadaBentuk sudut pandangan seseorang pengarang dalam sesebuah karya sastera. Pengarang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap seseorang watak atau beberapa orang watak tertentu yang memainkan peranan dalam karya tersebut. Melalui sudut pandangan ini, pengarang akan menguasai seluruh perjalanan hidup watak, sama ada dari aspek luaran dan dalaman, termasuklah dalam mengutarakan pemikirannya. Keseluruhan perjalanan cerita berhubung kait dengan watak tersebut. Watak yang lain hanya diceritakan secara luaran sahaja. Sudut pandangan serba tahu terbatas ini kemudian berkembang menjadi salah satu teknik penceritaan utama dalam karya berbentuk stream of consciousness.
polyphonypolifoniKesusasteraanTiadaKehadiran suara pelbagai watak dalam novel yang menyampaikan ideologi, pendapat dan sudut pandangan yang bertentangan dalam kritikan sastera. Polifoni berbeza dengan novel konvensional, iaitu suara pengarang yang tunggal adalah dominan sehingga tidak ada ruang untuk suara lain. Novel konvensional bersifat monofoni. Konsep ini digunakan oleh Mikahail Bakhtin merujuk kepada novel ciptaan Dostoevsky sebagai karya polifoni yang berjaya mengutarakan pelbagai suara dan pandangan untuk tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat. Polifoni berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �banyak suara�. Lihat juga monofoni.
charismatic leadershipkepimpinan berkarismaSains PolitikPolitik PerbandinganSifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi.
imagismimagismeKesusasteraanTiadaSuatu gerakan dalam kalangan penyair yang menampilkan imejan yang konkrit, jelas dan tertumpu pada puisi bebas. Penampilan imejan dilakukan tanpa komen oleh penyair itu sendiri. Imejan ini melahirkan respons intelektual dan emosional yang kompleks dalam sekilas masa. Contoh puisi imagisme ditemui dalam �In a Station of the Metro� oleh Ezra Pound. Gerakan imagisme popular di England dan Amerika antara tahun 1912-1917 sebagai tentangan terhadap puisi pada penghujung abad ke-19 yang dianggap sentimental oleh Ezra Pound, pengasas gerakan ini. Gerakan imagisme dipengaruhi oleh sajak haiku Jepun, sejenis puisi lirik yang mengutarakan pemerhatian penyair terhadap objek atau pemandangan alam. Secara umumnya, imagisme dikatakan menyumbang kepada permulaan sajak moden.
12

Kembali ke atas