Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.kah.kan] | منکاحکن

Definisi : menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.kah.kan] | منکاحکن

Definisi : menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: Pak Imamlah yg ~ kedua-dua pengantin itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nikah
Kata Terbitan : bernikah, menikahi, menikahkan, pernikahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan mendudukkan betul?

Mengikut Kamus Dewan perkataan mendudukkan membawa makna yang berikut :   

 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya;

2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara;

3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri;

Jadi penggunaan perkataan mendudukkan tidak salah digunakan asalkan menepati maksud yang ingin disampaikan.

Tatabahasa19.06.2008
Assalamualaikum. Di sini saya ada beberapa soalan ingin dikemukakan. 1) di kelilingi ATAU dikelilingi 2) kata-kata alu-aluan ATAU kata-kata aluan ATAU kata alu-aluan 3) mengesot-esot ATAU mengengsot-engsot 4) suasana himpit menghimpit ATAU suasana berhimpit-himpit 5) Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan. - apakah 'saksi mujbir' itu boleh digunakan? Atas segala perhatian pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

1) dikelilingi

2) kata alu-aluan

3) mengengsot-engsot

4) suasana berhimpit-himpit

5) Mujbir ialah kata Arab yang bermaksud yang memaksa. Perkataan ini lazimnya digunakan dalam laras agama seperti wali mujbir, iaitu wali (bapa atau datuk sebelah bapa) yang boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yang masih dara tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut. Untuk ayat umum, seperti "Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan." lebih baik kata mujbir digantikan dengan perkataan biasa yang memberi maksud yang dikehendaki, kerana mujbir dalam ayat ini tidak tepat maknanya seperti dalam frasa wali mujbir.

Tatabahasa15.06.2011

Kembali ke atas