Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.kam] | منيکم

Definisi : mempertaruh wang dlm perjudian (loteri dll), membeli tiket loteri dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.kam] | منيکم

Definisi : 1. menusuk (dgn pisau dll), men-cucuk atau melukai (dgn senjata tajam): ada orang yg telah mati ditikamnya; 2. seolah-olah masuk ke dlm tubuh dll, mener­bitkan (mendatangkan) sesuatu kesan yg terasa benar: angin malam kian ~ ke tulang sumsum; hentakan kaki bergema ~ gegen­dang telinga-nya; 3. ki menyakiti, melukai, menyinggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.kam] | منيکم

Definisi : memasang wang dlm permainan judi (membeli tiket loteri dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ni.kam] | منيکم

Definisi : mencucuk atau melukai dgn senjata tajam spt keris, pisau; menusuk: Dia telah ~ pencuri itu dgn kerisnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikam
Kata Terbitan : bertikam-tikaman, menikam, menikamkan, tertikam, tikaman, pertikaman, penikam,

Puisi
 

Bulan terang menikam pari,
     Asam belimbing mengasah kuku;
Tengah malam kami ke mari,
     Bawa kawan nak bersatu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Ayam sudah patah,
     kalau-kalau dapat menikam.

Bermaksud :

Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stipes/stipitesstipBiologiEntomologi1. Pangkal batang maksila yang mengandungi bahagian bergerak. Struktur ini telah diubahsuai menjadi struktur untuk menikam pada sesetengah serangga Diptera. 2. Salah satu pasangan penyepit pada genitalia jantan akuleat Hymenoptera.
capsaicinkapsaisinMakanan dan PemakananTeknologi MakananSebatian kumpulan kapsaisinoid yang terdapat dalam cili yang memberikan kepedasan yang tajam dan menikam atau rasa sengit.
horseflypikatBiologiEntomologiSerangga dwisayap yang besar dalam famili Tababidae. Serangga betina dewasa menghisap darah dengan menggunakan bahagian mulut yang merupakan gabungan cara menikam nyamuk dan cara makan-turas langau hijau.
body lousekutu badanBiologiEntomologiParasit penghisap darah yang tidak bersayap dan tergolong dalam order Siphunculata (Anoplura). Serangga ini mempunyai bentuk badan yang pipih, bahagian mulut untuk menikam, dan kaki yang pendek. Dalam spesies yang sama, terdapat dua ras yang berbeza, iaitu kutu kepala (Pediculus lumanus capitis) dan kutu badan (Pediculus humanus corporis).
crane flylalat janjBiologiEntomologiSerangga dalam famili Tipulidae (Diptera, Nematocera) yang mempunyai kaki dan badan tirus, serta dua sayap membran yang panjang. Serangga ini lebih besar daripada nyamuk, dan ada bahagian mulut yang tidak menikam. Semasa rehat, sayapnya dijulurkan. lalat kran.
ectoparasiteektoparasitBiologiEntomologiParasit yang hidup di luar perumahnya atau dekat dengan mulut atau rectum perumahnya. Parasit ini termasuklah kutu penghisap (Anoplura), pinjal (Siphonaptera), lalat kutu (Hippoboscidae), dan kepinding (Hemiptera), yang mempunyai bahagian bahagian mulut untuk menikam dan menghisap darah. Parasit ini juga menggigit kebanyakan spesies serangga yang tidak menghisap darah, seperti kutu penggigit (Malophaga) yang memakan bulu, bulu pelepah, dan lain-lain. Kebanyakan spesies ektoparasit mempunyai perumah khusus dan biasanya tidak dapat hidup pada spesies perumah lain.
Keris SundangKeris SundangKerisTiadaKeris yang berasal dari daerah Sulu, Filipina Selatan dan mempunyai mata yang panjang, lurus atau berkeluk, tebal atau lebar. Keris ini mempunyai hulu, mata, dan sarung yang berukuran lebih besar berbanding dengan keris-keris lain. Keris ini juga digunakan untuk tujuan menetak dan mengibas dan bukan digunakan untuk menikam. Sin: Keris Suluk.
mens reamens reaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaElemen mental yang diperlukan bagi sesuatu jenayah. Elemen ini boleh dalam bentuk niat jahat bagi melakukan sesuatu perbuatan atau menghasilkan satu kesan, atau boleh juga dalam bentuk kecuaian sehingga terhasil sesuatu perbuatan ataupun kesan. Niat merupakan keadaan mental individu yang dapat disimpulkan berdasarkan perbuatan individu itu. Contohnya, niat membunuh dapat disimpulkan daripada keadaan kecederaan yang ditanggung oleh mangsa. Apabila seseorang tertuduh menikam dengan senjata tajam ke bahagian perut seseorang dengan kekuatan yang mencukupi bagi menembusi perut dan organ dalaman, tidak syak lagi bahawa beliau sebenarnya berniat menyebabkan kecederaaan yang biasanya boleh membawa maut kepada mangsa. Terdapat anggapan di sisi undang-undang bahawa mens rea merupakan elemen utama dalam setiap kesalahan jenayah yang hanya boleh diketepikan oleh peruntukan-peruntukan statut atau perkara-perkara pokok yang berkaitan. Mens rea berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud niat yang salah.

Kembali ke atas