Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.niÖ.ma.ti] | منعمتي

Definisi : 1. mengecap (nikmat), meng­alami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. meng­­alami, merasai: menjadi suatu tang­gung­jawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ penga­laman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.niÖ.ma.ti] | منعمتي

Definisi : me­ngecap (merasai, mengalami) nik­mat: Mereka ~ kehidupan yg sangat ba­ha­gia. Ketika kami sampai, mereka sedang ~ makan tengah hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nikmat
1. Bersinonim dengan enak
( sedap, lazat, seronok, nyaman, naim, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan anugerah Allah
( kurnia, pemberian Allah, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : menikmati, kenikmatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka menikmati makanan yang terbuat daripada daging kambing.Ayat yang lebih sesuai ialah "Mereka menikmati makanan yang diperbuat daripada daging kambing".Tatabahasa09.11.2014
Salam sejahtera. Kita dapat menikmati pemandangan yang luas dan cantik dari puncak gunung Kinabalu. Adakah ayat tersebut? Terima kasih.Contoh ayat yang diberikan betul, iaitu "Kita dapat menikmati pemandangan yang luas dan cantik dari puncak gunung Kinabalu." Tatabahasa19.11.2020
Emak menikmati makanan yang berada di atas meja. betulkah ayat ini?Dari aspek makna berkemungkinan ayat itu betul kerana berada bermaksud terdapat di sesuatu tempat. Namun ayat yang gramatis ialah "Emak menikmati makanan yang dihidangkan di atas meja".Tatabahasa14.04.2014
Mohon semakan terjemahan Have a safe and sound stay in here. Semoga awak menikmati percutian yang selamat di sini.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Semoga anda selamat dan menikmati percutian di sini.Penyemakan dan penterjemahan08.11.2017
1. Ali membersihkan bahan buangan di dalam sungai. 2. Emak menikmati makanan di atas meja. Adakah kedua-dua ayat di atas betul? Terima kasih.Kedua-dua ayat betul.  Akan tetapi ayat kedua boleh menimbulkan kekeliruan.  Ayat yang lebih jelas ialah "Emak menikmati makanan yang terletak di atas meja.Lain-lain14.04.2014
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara.

2. Pemboleh-pemboleh ubah

3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan

4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu.

5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang...

6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih.

7. Bahan toksik

8. Meramalkan taufan

Tatabahasa24.11.2011
Salam sejahtera. Adakah frasa berikut betul atau salah? 1. menikmati keriangan berkelah 2. menghayati masa keriangan bersama-sama. Yang mana satukah betul? 1. Kami(subjek) tiba(kata kerja) di destinasi(frasa keterangan tempat) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) ATAU 2. Kami(subjek) tiba di destinasi(frasa kata kerja) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) Sekiranya salah, apakah frasa yang betul? Terima kasih:)1. Frasa yang betul ialah "menikmati keriangan perkelahan" dan "menghayati masa riang bersama-sama".

2. Kami (frasa nama) tiba di destinasi (frasa kerja) kira-kira pukul sembilan pagi (frasa keterangan). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, dalam tajuk Proses Penerbitan Ayat, muka surat 531 -581.
Tatabahasa15.05.2024
Penyemakan bahasa atau ejaan yang betul. 1. Khairul mendermakan organisasi kebajikkan itu. 2. Imran menikmati goreng pisang di waktu petang. 3. Pelbagai isu-isu penduduk telah mereka bincangkan. 4. Maryam memperolehi markah tertinggi sekali dalam kelas tersebut. 5. Kerja-kerja pedalaman parit telah dilaksanakan oleh saya atas arahan ayah. 6. Telor rebus itu dimakan oleh saya. 7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong royong. 8. Permohonan kemasukkan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara atas talian. 9. Para pengundi-pengundi telah bersedia mengundi pada pilihanraya yang akan datang. 10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju Selat Melaka.

1. Khairul memberikan derma kepada organisasi kebajikan itu.
2. Imran menikmati pisang goreng pada waktu petang.
3. Pelbagai isu berkaitan penduduk telah mereka bincangkan.
4. Maryam memperoleh markah tertinggi dalam kelas tersebut.
5. Kerja-kerja pendalaman parit telah saya laksanakan atas arahan ayah.
6. Telur rebus itu saya makan.
7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong-royong.
8. Permohonan kemasukan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara dalam talian.
9. Para pengundi telah bersedia untuk mengundi pada pilihan raya yang akan datang.
10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju ke Selat Melaka.

Tatabahasa27.07.2021
Bagi yang ingin menikmati kehidupan mewah Temui anda di sini...Bersama-sama ini disertakan iklan yang telah disahkan. Pada masa akan datang, sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat  Nasihat DBP). Melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, puan boleh memperoleh pengesahan iklan dan terdapat sijil pengesahan yang boleh dicetak.Lain-lain15.09.2012
cara-cara untuk menghayati dan menikmati puisiRajin membaca, menghayati serta hadir pada program baca puisi yang dijalankan. Salam.Lain-lain13.07.2008
12345

Kembali ke atas