Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan imbuhan kata kerja pasif di-, ber-, ter-, ke-…-an, ter-…-kan, dan ter-…-i. Contoh: 1.Lelaki itu kemalangan. 2.Kelazatan makanan itu tak terkatakan. Bagaimana kita nak tukar jadi ayat aktif. Boleh kongsi jawapan.1. Kemalangan menimpa lelaki itu. 2. Makanan itu kelazatan tidak terkata.Tatabahasa29.04.2013
maksud kekangannyaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud  1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. Istilah15.03.2010
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi?

Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya.

 Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa.

Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi.

Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).

 

Makna07.02.2010
Apakah maksud sejarah ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) sejarah bermaksud:

sejarah
kata nama 
1 peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu yang ada kaitan dengan zaman sekarang:
Sejarah Malaysia dikatakan bermula sejak zaman Greek lagi kerana Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai “golden chersonese” oleh Ptolemy.
Al-Quran turut menyampaikan sejarah umat dan nabi-nabi yang terdahulu.


2
kajian atau pengetahuan tentang hal atau peristiwa yang berlaku pada seseorang, sesuatu tempat atau institusi pada suatu ketika dahulu; tawarikh:
Penekanan kursus ini diberikan kepada peranan Islam dalam sejarah Asia Tenggara.

3
(dieja dengan huruf besar) ilmu atau mata pelajaran yang mengkaji tentang peristiwa yang telah berlaku pada masa dahulu, yang diajar atau dipelajari di sekolah, maktab, universiti dan sebagainya:
Aku rasa Fakhurazi jauh lebih pintar daripadaku dalam bidang Ekonomi, Pengajian Am dan Sejarah.
Dia mengambil subjek minor, Sejarah dalam pengajiannya itu.


4
peristiwa atau kejadian yang menjadi detik perubahan dalam perjalanan hidup seseorang atau sesebuah institusi:
Apabila bangsal tambahan itu siap dibina kelak, zaman baharu dalam sejarah pengeluaran batik syarikatnya akan bermula.
Biarlah hari ini kita bina satu permulaan baharu dalam sejarah persahabatan kita.
Jasdi menyingkap kembali sejarah hidup ayahnya yang penuh dengan ranjau dan duri.


5
rentetan peristiwa atau hal yang pernah berlaku kepada seseorang atau sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan, rujukan dan sebagainya:
Keratan akhbar itu menyebut tentang sejarah kemalangan yang menimpa helikopter Nuri.
Vaksin ini disyorkan kepada lelaki yang tidak mempunyai sejarah infeksi beguk.


6
asal usul atau susur galur sesuatu keturunan; salasilah:
sejarah orang Melayu;

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus ini pada halaman 1994.
Makna06.11.2023
Salam, kerap digunakan perkataan "mengenai" yang membawa maksud "tentang", soalan saya dari sudut tatabahasa, bolehkah menggunakan perkataan "mengenai"? Contoh ayat, "Kajian ini dijalankan mengenai....."

Saudari,

Antara maksud perkataan mengenai termasuklah berkaitan, dengan atau tentang. Berdasarkan contoh ayat yang dikemukakan perkataan 'mengenai' boleh digunakan dalam konteks makna yang tersebut. Walau bagaimanapun kata yang lebih lazim digunakan ialah 'tentang' kerana mengenai lebih kerap digunakan untuk maknanya yang pertama, iaitu 'kena pada'.

Saya sertakan makna mengenai menurut Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu: 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh;

Tatabahasa02.08.2012

Kembali ke atas