Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nin.da/.ba.las.kan] | منيندقبالسکن

Definisi : melakukan tindak balas, menjadikan bertindak balas: ~ asid hidroklorik dgn kalsium karbonat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menindakbalaskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cage effectkesan CageKejuruteraanPolimerKesan yang menurunkan kecekapan pemula dengan menindakbalaskan dua produk radikal atau dua produk bukan radikal untuk mengeluarkan produk sampingan bersaiz kecil.
formol titrationpentitratan formolFarmasiTiadaKaedah penentuan asid amino secara kuantitatif dengan menindakbalaskan kumpoulan amino dengan formaldehid dan diikuti dengan pentitratan dengan larutan alkali piawai. Bd.pentitratan.
steam-oxygen processproses stim-oksigenKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penghasilan singas arang buangan dengan menindakbalaskan arang buangan dengan stim dan oksigen di dalam reaktor terbendalir. Peringkat pertama proses ini menghasilkan hidrogen,karbon dioksida, dan karbon monoksida (singas mentah). Singas mentah ini disuapkan ke dalam penggas kedua setelah dikayakan dengan hidrogen melalui tindak balas peralihan, dan karbon dioksida dibuang.
steam reforming reactiontindak balas pembentukan semula stimKejuruteraanKejuruteraan KimiaTindak balas yang menghasilkan karbon monoksida, CO dan hidrogen, H2 dengan menindakbalaskan stim, H2O dan gas asli, CH4 menurut CH4 + H2O � CO + 3H2.
COSTEAM processproses COSTEAMKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses yang menghasilkan minyak bahan api bebas sulfur daripada arang batu lignit dan sub-bitumen dengan menindakbalaskan buburan arang batu-minyak dengan singas yang dibantu oleh stim.
CCL processproses CCLKejuruteraanKejuruteraan KimiaSingkatan bagi proses �Catalytic Coal Liquid� yang dimajukan oleh Gulf Oil Company dengan menggunakan teknologi SRC-II untuk menukarkan arang batu bitumen bersulfur tinggi kepada minyak bahan api bebas sulfur. Proses ini menindakbalaskan hidrogen dengan buburan arang batu-minyak di dalam reaktor lapisan tetap.

Kembali ke atas