Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gal] | منيڠݢل

Definisi : = ~ dunia kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gal] | منيڠݢل

Definisi : , = ~ dunia mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Puisi
 

Bunga melati di tengah padang,
     Mari dikutip anak Cina;
Harimau mati meninggal belang,
     Manusia mati meninggalkan nama.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Telah mati yang bergading.

Bermaksud :

Telah meninggal orang yang berkuasa.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
family takaful plan for educationpelan takaful keluarga untuk pelajaranEkonomiEkonomi IslamPelan tabungan bagi membiayai pelajaran tinggi anak-anak peserta sekiranya peserta meninggal dunia. Mengikut pelan ini, anak yang dinamakan dalam sijil takaful hanya akan menerima manfaat takaful apabila menjangkau umur 18 tahun sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tarikh matang sijil. Di samping itu, peserta juga mendapat perlindungan takaful untuk kemalangan diri, keilatan kekal seluruh badan dan pembiayaan kos rawatan hospital.
ruqba waqfwakaf ruqbaEkonomiEkonomi IslamSejenis wakaf khas yang bersifat sementara. Penerima wakaf berhak mendapat manfaat wakaf berkenaan sepanjang hidupnya sahaja. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia terlebih dahulu daripada wakif maka harta wakaf berkenaan akan dikembalikan kepada wakif. Sebaliknya, jika wakif meninggal dunia terlebih dahulu maka harta tersebut kekal menjadi harta wakaf penerima wakaf.
vampirismvampirismePerubatanPsikiatriKepercayaan mengenai seseorang yang meninggal dunia boleh hidup semula dan menghisap darah orang lain.
shi�r ?l-rith?�shi�r ?l-rith?�KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur ratapan, penderitaan dan rintihan terhadap orang yang meninggal dunia. Penulisan puisi ini menjadi kebiasaan masyarakat Arab zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, pada masa itu penulisan hanya ditujukan kepada mereka yang mati secara biasa, bukannya mati dalam peperangan. Mereka yang mati dalam peperangan tidak akan diratapi dengan shi�r ?l-rith?� kerana mereka berperang untuk mati. Pada Zaman Umaiyyah, sebelum kematian Khalifah Mu�awiah, shi�r ?l-rith?� hanya berbentuk ratapan. Namun selepas kematian Khalifah ini, shi�r ?l-rith?� mengalami perubahan ketara. Penulisan shi�r ?l-rith?� tidak terbatas kepada orang yang meninggal dunia sahaja. Malah kepada perkara lain seperti kemusnahan kota, kematian haiwan kesayangan, atau sebarang kejadian yang membangkitkan perasaan sediah dan kecewa si penyair. Tradisi ini diteruskan dalam kesusasteraan pada Zaman Abbasiah. Penyair shi�r ?l-rith?� yang terkemuka pada zaman ini ialah Abu Tammam. Dalam sastera Parsi, Farrukhi Sistani mencipta sajak shi�r ?l-rith?� sempena kemangkatan Sultan Mahmud Ghaznavi. Lihat juga shi�r ?l-?khr, shi�r ?l-m?d?.
without proportiontanpa perkadaranPentadbiran PerniagaanTiadaApabila anuitan meninggal dunia, estetnya tidak akan dapat bayaran faedah anuiti bagi tempoh di antara tarikh bayaran terakhir anuiti tersebut dengan tarikh kematiannya.
gravemakamKesenianSeni BinaTempat orang yang telah meninggal dunia dikebumikan, biasanya untuk golongan yang dihormati seperti raja dan pahlawan.
interstate (person)si mati tidak berwasiatPentadbiran PerniagaanTiadaSeseorang yang meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang wasiat.
fresh stillbirthlahir mati baruKejururawatanTiadaKelahiran fetus yang baru meninggal dalam kandungan.
عدة بالوفاةidah wafatAgama IslamFiqhPenentuan idah berdasarkan masa suami meninggal.
موصىpewasiatAgama IslamFiqhOrang yang mewasiatkan sesuatu harta sebelum ia meninggal dunia.
123456789

Kembali ke atas