meninggal dunia | mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meninggal dunia | kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arwah | Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg digunakan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayah-nya; ~ Pak Mat; mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugur | 1 jatuh dr pohon (ttg buah, daun dsb); luruh: Buah durian sudah mula ~. 2 lahir sebelum masanya (ttg anak dlm kandungan dan anak tsb meninggal dunia). 3 mati (terkorban) dlm peperangan: Dlm pertempuran itu, seorang tentera kita telah ~. 4 hilang (ttg hak): Seseorang itu akan ~ keahliannya jika ia tidak menjelaskan yuran tiga bulan berturut-turut. ~ hati terpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati. ~ talak menjadi bercerai kerana dilafazkan cerai (didapati sabit oleh kadi dsb). berguguran gugur dgn banyaknya: Daun kering ~. menggugurkan 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. keguguran 1 melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tsb meninggal dunia. 2 mengalami kejadian gugur (daun, buah dsb): Pokok-pokok itu ~ daun. 3 hal gugur (terkorban, lucut keahlian dsb): ~nya sbg ahli persatuan itu merupakan satu kehilangan. pengguguran perihal atau perbuatan menggugurkan: ~ huruf p pd awal perkataan itu adalah mengikut peraturan yg ditetapkan. ~ hak atau tuntutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wafat | meninggal dunia (digunakan utk nabi atau rasul saja). kewafatan hal wafat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wafat | meninggal dunia (digunakan utk nabi atau rasul saja). | Kamus Pelajar |
menemui ajal | meninggal dunia; mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampai ajal | meninggal dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
putih tulang | meninggal dunia; mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mangkat | bd meninggal dunia (digunakan utk raja-raja saja): Baginda telah ~ pagi semalam. kemangkatan perihal mangkat: ~ baginda telah memeranjatkan seluruh rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |