family takaful plan for education | pelan takaful keluarga untuk pelajaran | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelan tabungan bagi membiayai pelajaran tinggi anak-anak peserta sekiranya peserta meninggal dunia. Mengikut pelan ini, anak yang dinamakan dalam sijil takaful hanya akan menerima manfaat takaful apabila menjangkau umur 18 tahun sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tarikh matang sijil. Di samping itu, peserta juga mendapat perlindungan takaful untuk kemalangan diri, keilatan kekal seluruh badan dan pembiayaan kos rawatan hospital. |
ruqba waqf | wakaf ruqba | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sejenis wakaf khas yang bersifat sementara. Penerima wakaf berhak mendapat manfaat wakaf berkenaan sepanjang hidupnya sahaja. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia terlebih dahulu daripada wakif maka harta wakaf berkenaan akan dikembalikan kepada wakif. Sebaliknya, jika wakif meninggal dunia terlebih dahulu maka harta tersebut kekal menjadi harta wakaf penerima wakaf. |
vampirism | vampirisme | Perubatan | Psikiatri | Kepercayaan mengenai seseorang yang meninggal dunia boleh hidup semula dan menghisap darah orang lain. |
shi�r ?l-rith?� | shi�r ?l-rith?� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang mengandungi unsur ratapan, penderitaan dan rintihan terhadap orang yang meninggal dunia. Penulisan puisi ini menjadi kebiasaan masyarakat Arab zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, pada masa itu penulisan hanya ditujukan kepada mereka yang mati secara biasa, bukannya mati dalam peperangan. Mereka yang mati dalam peperangan tidak akan diratapi dengan shi�r ?l-rith?� kerana mereka berperang untuk mati. Pada Zaman Umaiyyah, sebelum kematian Khalifah Mu�awiah, shi�r ?l-rith?� hanya berbentuk ratapan. Namun selepas kematian Khalifah ini, shi�r ?l-rith?� mengalami perubahan ketara. Penulisan shi�r ?l-rith?� tidak terbatas kepada orang yang meninggal dunia sahaja. Malah kepada perkara lain seperti kemusnahan kota, kematian haiwan kesayangan, atau sebarang kejadian yang membangkitkan perasaan sediah dan kecewa si penyair. Tradisi ini diteruskan dalam kesusasteraan pada Zaman Abbasiah. Penyair shi�r ?l-rith?� yang terkemuka pada zaman ini ialah Abu Tammam. Dalam sastera Parsi, Farrukhi Sistani mencipta sajak shi�r ?l-rith?� sempena kemangkatan Sultan Mahmud Ghaznavi. Lihat juga shi�r ?l-?khr, shi�r ?l-m?d?. |
without proportion | tanpa perkadaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Apabila anuitan meninggal dunia, estetnya tidak akan dapat bayaran faedah anuiti bagi tempoh di antara tarikh bayaran terakhir anuiti tersebut dengan tarikh kematiannya. |
grave | makam | Kesenian | Seni Bina | Tempat orang yang telah meninggal dunia dikebumikan, biasanya untuk golongan yang dihormati seperti raja dan pahlawan. |
interstate (person) | si mati tidak berwasiat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Seseorang yang meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang wasiat. |
موصى | pewasiat | Agama Islam | Fiqh | Orang yang mewasiatkan sesuatu harta sebelum ia meninggal dunia. |
missa pro defunctis | missa requiem | Muzik | Tiada | Missa untuk orang yang telah meninggal dunia. Kandungan teks bagi gubahan jenis ini biasanya merangkumi gerakan atau bahagian seperti introit (Requiem aeternam), kyrie, graduate (Requiem aeternam) dan tract (Absolve, Domine), sequence (Dies Irae, dies ilia), offertory (Domine Jesu Christe), sanctus dan benedictus, agnus dei, communion (Lux aeterna luceat eis,Domine), dan responsory (Libera me). Teks missa requiem biasanya dalam bahasa Latin atau bahasa Jerman. Gubahan muzik berdasarkan teks missa requiem ini dipelopori Ockeghem sekitar tahun 1470. Semenjak abad ke-16, beratus-ratus karya requeim telah dihasilkan. Palestrina, J.C. Bach, Cherubini, Verdi, Berlioz dan Beethoven adalah antara komposer yang telah menghasilkan karya jenis ini. Contoh karya adalah seperti Requiem Mass D minor, K. 626 (1791) oleh Mozart, Ein Deutsches Requiem, Op.45 (1868) oleh Brahms, dan War Requiem (1961) oleh Britten. |
with proportion | dengan perkadaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dalam proses pembayaran faedah anuiti, sekiranya anuitan meninggal dunia sebelum sampai pembayaran selanjutnya, insurer akan membuat bayaran mengikut kadar berdasarkan tempoh semasa anuitan masih hidup. |