Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
climate migrantpehijrah iklimAlam SekitarTiadaIndividu atau komuniti berpindah meninggalkan rumah mereka secara beransur-ansur disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim.
climate migrationpenghijrahan iklimAlam SekitarTiadaPergerakan individu atau komuniti berpindah meninggalkan rumah mereka secara beransur-ansur disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim.
climate change refugeepelarian perubahan iklimAlam SekitarTiadaIndividu atau komuniti yang terpaksa berpindah meninggalkan rumah mereka secara tiba-tiba, disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim. Sinonim pelarian iklim.
stray catkucing terbiarVeterinarTiadaKucing yang berada di luar rumah kerana telah meninggalkan atau tersesat daripada rumah pemiliknya serta telah terputus hubungan dan pergantungan dengan manusia.
carpenter antsemut kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSemuat Camponotus herculancus, yang besar dan berwarna hitam. Semut dewasanya menggorek bahagian lembut pada kayu seperti tunggal kayu, bahagian tengah kayu , kayu jaras, dan kayu binaan rumah. Semut ini menyerang kayu tanpa meninggalkan habuk, butiran tahi dan kesan kulat.
opposisitional riddlesteka-teki berbalas.KesusasteraanTiadaTeka-teki jenis ini mengandungi 3 unsur yang bertentangan iaitu: 1. Kontrodiksi yang berlawanan [antithetical contradictive]. Contoh: saya kasar, saya licin, saya basah, saya kering. Saya dipakai setiap orang? [lebuh raya]. 2.Kontradiksi yang mengurangi [privatational contradictive] Contoh : apa bendanya yang menjerit atau melaung tetapi tak boleh bercakap ? [kereta api]. 3. Kontradiksi yang menyebabkan [causal contradictive] . Contoh : apa yang menuju ke rumah tetapi tak meninggalkan jejak? [jalan]

Kembali ke atas