Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : sj tumbuhan, belinjau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinjau
Kata Terbitan : meninjau, tinjauan, peninjau,

Puisi
 

Sirandah daunnya hijau,
     Ambil sepenggal akan pelacut;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Akan mencari lawanan patut.


Lihat selanjutnya...(7)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Meninjau Semula Cerita Rakyat MelayuMohd. Taib OsmanDewan Sastera1 May 2002
Meninjau Makna CintaRahman ShaariDewan Siswa1 February 2009
Meninjau Bahasa Melayu - PolinesiaTiadaPelita Bahasa1 January 2003
Meninjau bahasa Melayu di SingapuraAwang SariyanPelita Bahasa1 April 1990
Meninjau kemusykilan ejaan jawiMatlobPelita Bahasa1 August 2005
Meninjau pemikiran kaum India melalui Baca Cerpen VanakamTiadaDewan Siswa1 December 2004
Meninjau kata di Ranah MinangYulis AlwiPelita Bahasa1 June 1990
Meninjau beberapa aspek fonoloji loghat KelantanNik Safiah Hj. A. KarimDewan Bahasa1 August 1967
Meninjau "Sejarah Melayu" dari segi nilaian sejarahHsu Yun TsiaoDewan Bahasa1 October 1966
Meninjau kamus Indonesia-CinaChew Fong PengDewan Bahasa1 June 2005
1234

Kembali ke atas