Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : sj tumbuhan, belinjau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinjau
Kata Terbitan : meninjau, tinjauan, peninjau,

Puisi
 

Sirandah daunnya hijau,
     Ambil sepenggal akan pelacut;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Akan mencari lawanan patut.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan pelaksanaan 1. Pegawai Daerah sedang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pinggir Sungai Kerian. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di pinggir sungai kerian sedang giat dijalankan. .Ayat yang gramatis ialah "kerja-kerja pembersihan di pinggir Sungai Kerian sedang giat dijalankan".Tatabahasa27.04.2013
Saya ingin bertanya tentang penggunaan "didapatkan" dalam penggunaan BM, sama ada diterima atau tidak, dan adakah ayat berikut salah dari segi penggunaan bahasa dan/atau tatabahasanya: "Beliau meninjau barangan murah yang boleh didapatkan langsung dari gudang, seterusnya membeli dan menjual semula barangan tersebut melalui Facebook." Saya juga ingin bertanya sama ada ayat berikut sesuai digunakan dalam penulisan atau mengandungi bahasa pasar: "Pada masa itu, beliau tidak berapa menghiraukan nasihat tersebut." Mohon cadangan pembaikan, jika perlu.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Beliau meninjau barangan murah yang boleh didapatkan secara langsung dari gudang, seterusnya membeli dan menjual semula barangan tersebut melalui Facebook.
  2. Pada masa itu, beliau tidak begitu menghiraukan nasihat tersebut.
Tatabahasa29.04.2019
Silau I Silau IISilau I - Kabur mata (kerana kena cahaya yg. sangat terang) Silau II - Menyilau - memandang (sesuatu yg. jauh), meninjauMakna18.03.2007
Penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan. Apa bezanya?

Perkataan perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Perdana Menteri meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga.

Perkataan pelaksanaan bermaksud  proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

Terima kasih.

Makna06.06.2017
Pengwujudan program audit bahasa Melayu bertujuan memantau penggunaan bahasa kebangsaan di peringkat perkhidmatan awam. Program tersebut perlu dilakukan dengan melihat dua aspek utama, iaitu untuk meninjau dalam perkhidmatan awam tentang; (i) sejauh mana bahasa Melayu diguna pakai; dan (ii) kualiti penggunaan bahasa kebangsaan. Tinjauan terhadap kedua-dua aspek lebih bermakna jika cara pelaksanaan adalah berkesan dan terdapat impak yang berguna ke arah pembangunan bahasa Melayu. Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut: i. Tiga langkah pelaksanaan program berkenaan secara sistematik. ii. Tiga implikasi program tersebut terhadap usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam.

Untuk makluman puan, soalan yang dikemukakan ini memerlukan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu puan  menyelesaikan tugasan ini, sila rujuk makalah yang berkaitan program audit bahasa  yang dibincangkan di media massa.

Lain-lain28.03.2012
ap maksud turun padangBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud turun padang ialah  pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb.Istilah31.08.2009
Tuan, adakah ayat ini betul? (1) Tidakkah mungkin dapat diadakan kelab belajar bahasa di setiap kementerian, jabatan, dan hatta di parlimen? Ini ada hubungan dengan soal letak akhiran pementing cerita -kah. Sila meninjau WordPad saya untuk memahami kajian saya tentang letak akhiran pementing cerita -kah yang paling sesuai.Tidakkah mungkin dapat diadakan kelab belajar bahasa di setiap kementerian, jabatan, dan hatta di parlimen? Penggunaan partikel -kah dalam ayat ini betul, iaitu sebagai penegas frasa predikat yang mengalami proses pendepanan.Tatabahasa20.12.2016
saya berminat untuk terlibat dengan bidang penulisan dan sedang mencari satu medium untuk mempelajari dan mendalami bidang ini. adakah dewan bahasa dan pustaka ada menyediakan kursus penulisan untuk mereka yang baru berkecimpung dengan bidang penulisan?Untuk meninjau peluang kursus penulisan yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Pn Hajah Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Bakat dan Kepakaran (e-mel: aisah@dbp .gov.my) atau layari laman rasmi DBP dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pemakluman terkini.Lain-lain10.11.2011
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi istilah "Salary Market Surveys"? Adakah "Tinjauan Pasaran Gaji" atau "Kaji Selidik Pasaran Gaji"? Apakah perbezaan antara perkataan 'tinjauan" dan "kaji selidik"?Untuk terjemahan yang tepat, mohon saudara hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 03-21424381.
Maksud "tinjauan" ialah "perbuatan meninjau", manakala maksud "kaji selidik" pula ialah "kegiatan atau usaha untuk mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan disebabkan sesuatu yang nyata.
Penyemakan dan penterjemahan08.09.2014
Assalam... 1. Mohon perbetulkan...selesai tugas atau tugas selesai? 2. Maksud 'review'?1. Sila berikan konteks penggunaan perkataan "tugas selesai" atau "selesai tugas" untuk kami menentukan kesesuaian perkataan tersebut.
2. Dalam Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, "review' bermaksud 1. mengkaji semula 2.  meninjau semula 3.  memeriksa barisan 4.  mengulas, membuat /ulasan, resensi
Makna14.01.2017
123

Kembali ke atas