Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.ti/.be.rat.kan] | منيتيقبرتکن

Definisi : mementingkan, meng­utamakan: beliau menyeru rakyat supaya lebih ~ kepentingan negara drpd kepen­tingan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ti/.be.rat.kan] | منيتيقبرتکن

Definisi : mengutamakan atau mementingkan: Ia ~ pelajaran anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titik berat
Kata Terbitan : menitikberatkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menitikberatkan atau menitik beratkanmenitikberatkanTatabahasa30.10.2012
Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisme yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. apakah maksud peribahasa tersebut?

Encik Yu,

Peribahasa ini bermaksud perbuatan yang tidak adil.

Lain-lain04.06.2010
Assalamualaikum. Saya nak tanya, mana satu yang betul. "Menitip berat" atau "Menitik berat"Perkataan yang betul ialah menitikberatkan.Tatabahasa24.12.2017
Dalam media pengiklanan, kebiasaanya pengusaha - pengusaha memandang enteng akan kepentingan Bahasa Melayu dalam iklan komersial mereka. Mereka lebih mengutamakan nilai komersial dan keuntungan daripada menitikberatkan soal Bahasa Melayu itu sendiri. Saya telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk ini pada hari khamis ini. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk membantu saya. Antara soalan yang ingin tuan kupaskan; 1) Tahap pencemaran Bahasa Melayu dalam iklan, sama ada dalam media elektronik mahupun media cetak. 2) Bahasa rojak dalam iklan. Adakah dibenarkan? 3) Pendapat pihak tuan sendiri mengenai isu ini. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Untuk menjawab pertanyaan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan rujukan yang pelbagai. Kami cadangkan saudara rujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan perpustakaan lain di IPTA dan dapatkan kertas kerja seminar yang berkaitan. Untuk makluman, DBP pernah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak, Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Seminar Antarabangsa Linguistik dan pelbagai seminar lagi yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik.

Lain-lain10.10.2010
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaanMerujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna18.08.2010
Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara?"Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga.Sastera23.01.2024
Tajuk Soal: "Di satu pihak" atau "Pada satu pihak"? Selamat petang tuan DBP. Saya kurang pasti akan pemilihan antara dua frasa, "di satu pihak" atau "pada satu pihak". Satu ayat misal saya nukilkan daripada buku Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (2000) oleh Awang Sariyan: (1) Ertinya saya tidak menitikberatkan soal wujudnya golongan pengguna bahasa Melayu tinggi yang sekali gus membayangkan kelas menegah atau atasan di satu pihak dan golongan pengguna bahasa Melayu rendah yang terdiri daripada kelas bawahan di satu pihak. Adakah frasa "di satu pihak" tepat akan peraturan kata sendi? Setahu saya, kata sendi "di" digunakan untuk menunjukkan tempat sesuatu benda atau orang berada. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa "pada satu pihak" lebih ghalib digunakan orang marcapada, tetapi apakah rasional atau dasar di balik penggunaan itu? Penggunaan tersebut bersandarkan peraturan apa? Minta tuan tafsir soal ini.Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa14.08.2016
Menurut peristiwa sejarah sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain .Impaknya,anak-anak mereka akan mencintai negara kita untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama negara di watan Malaysia kerana anak-anak merupakan pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.Ibu bapa semestinya meneruskan untuk membangkitkan semangat cinta akan negara untuk anak . Selain itu ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam situasi negara.Di negeri Malaysia,anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.Hal ini dikatakan demikian kerana anak tidak memberi prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat.Anak kerap mengambil benar dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British media cetak media elektronik dan media alternatif.Video-video dan berita yang banyak akan mencermakan minda anak-anak mereka. Salam,Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih.
Menurut peristiwa sejarah, sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain. Impaknya, anak-anak akan mencintai negara untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama Malaysia kerana anak-anak merupakan harapan bangsa dan pengemudi negara.

Ibu bapa perlu membantu untuk membangkitkan semangat cinta akan negara. Selain itu, ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam sesuatu keadaan di dalam negara.

Di Malaysia, anak-anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.

Hal ini  kerana anak-anak tidak memberikan prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat. Anak-anak kerap mengambil berat dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British sama ada melalui media cetak, media elektronik dan media alternatif. Video-video dan berita yang tidak ditapis akan mencemarkan minda anak-anak.

Puan perlulah banyak membaca bahan bacaan bahasa Melayu untuk menambah baik penguasaan bahasa Melayu. Sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan. 


Tatabahasa27.01.2021
Assalammualaikum. Saya berasa senang hati kerana adanya laman ini untuk kemudahan pelajar mahupun penuntut institusi. Lebih - lebih lagi pada saya, seorang calon PMR. Tujuan saya menulis surat ini kerana ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan ayat. Soalan adalah seperti: a. Mengapa DI KALANGAN ditukar menjadi DALAM KALANGAN? b. Mengapa JUSTERU ITU ditukar menjadi JUSTERU? Walauapa - apapun, terdapat banyak ayat yang ditukar. Walaupun guru sudah menjelaskan dan menerangkan, pasti masih ada yang tertinggal dan pelajar mungkin ketinggalan dalam penggunaan ayat. Mengapa Kementerian Pelajaran tidak membuat sebuah buku yang membolehkan pelajar membuat rujukan terkini. Semoga dengan terjawabnya soalan ini, Kementerian Pelajaran dapat menitikberatkan pelajaran para pelajar. Sekian, terima kasih.

Saudara Haziq,

Kata sendi 'di' digunakan pada frasa ynag menunjukkan tempat. Perkataan 'kalangan' merujuk lingkungan bukan tempat.  Oleh yang demikian, frasa 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan. Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah pedoman atau tatabahasanya yang akan dijadikan pegangan bagi memastikan bahawa sistem bahasa kita kukuh dan sempurna. Oleh itu perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa adalah untuk tujuan pemantapan dan penyempurnaan sistem bahasa kita.

Bagi perkataan 'justeru' pula, tidak berlaku perubahan dari segi penggunaan 'justeru itu' kepada 'justeru' kerana sememangnya selama ini perkataan ini digunakan. Hanya terdapat sesetengah masyarakat pengguna bahasa yang keliru dan  menyalahgunakan frasa 'justeru itu' bagi maksud 'justeru'.     

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi di bawah Kementerian Pelajaran telah pun menerbitkan beberapa buku rujukan bahasa antaranya  buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Tatabahasa15.03.2010
DEFINSI TEKNIKAL,VOKASIONAL,TEKNOLOGI

Sdr, atitein, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

(téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu kerja dsb (tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri): pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; 2. (yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu: perkataan ~; istilah ~.

  • 1. bkn pekerjaan (profesion dsb) yg tertentu; 2. bkn kursus (latihan, dsb) pendidikan amali yg menitikberatkan kemahiran yg diperlukan utk sesuatu pekerjaan (profesion dsb): bimbingan ~; sekolah téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita;
  • 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi

Istilah27.03.2009
12

Kembali ke atas