Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Dikulum menjadi manikam,
     dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.

Bermaksud :

Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAELSTROM

Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di

Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di

kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan

pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam

pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom

menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup

bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang

dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk

pusaran yang sangat besar dan boleh

memusnahkan kapal-kapal kecil.

UMUM 
PERGUNUNGAN WHITE

Pergunungan White merupakan sebahagian

daripada sistem Pergunungan Appalachian di

Amerika Utara. Ia terbentang ke arah barat daya dari

Maine ke New Hampshire, Amerika Syarikat.

Pergunungan White diberi nama sedemikian kerana

puncaknya berwarna putih apabila diliputi salji. Pada

musim bunga dan musim gugur puncak yang

berwarna putih menjadi lebih mengagumkan

kerana salji tidak menutupi bahagian bawah gunung

ini. Untuk lokasi, lihat Pergunungan Appalachian

(peta).

UMUM 
SUSUT NILAI

Susut nilai ialah pengurangan nilai. Bangunan,

jentera, kenderaan dan harta-harta lain akan

susut nilai (nilai berkurangan) akibat penggunaan

ataupun kemalangan, kerana ia menjadi

bertambah usia, ataupun kerana adanya produk

baru yang lebih elok menggantikannya. Dalam

perakaunan, susut nilai dikira sebagai kos normal

yang berlaku dalam perniagaan. Istilah susut nilai

juga digunakan untuk menyatakan pengurangan

nilai atau kuasa beli yang disebabkan

peningkatan tahap harga domestik. Ini bererti

bahawa nilai mata wang sesebuah negara

menjadi lebih rendah secara relatif berbanding

dengan nilai mata wang negara-negara lain. Lihat

juga Pendapatan negara (Menentukan

pendapatan negara).

UMUM 
TASIK XOCHIMILCO

Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di

Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat “taman

terapung”. Menjelang waktu wilayah tersebut

ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli

Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek

daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara

membina daik. Mereka menimbunkan lumpur

lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk

batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz

“taman terapung” ini beransur-ansur menjadi lebih

besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya

berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong

berperahu di terusan-terusan yang memisahkan

pulau-pulau buatan tersebut.

UMUM 
SUPERNOVA

Supernova ialah sebuah bintang yang meletup dan

menjadi berbilion kali ganda lebih terang daripada

matahari sebelum beransur-ansur lenyap. Pada tahap

yang paling terang, supernova mungkin bersinar

lebih terang daripada terangnya sesuatu galaksi.

Letupan itu mengeluarkan kepulan debu dan gas ke

angkasa lepas. Jisim bahan yang terbuang itu

mungkin melebihi 10 kali ganda jisim matahari.

UMUM 
AZORES

Azores ialah sekumpulan sembilan buah pulau

yang menjadi kepunyaan Portugal. Ia terletak di

Lautan Atlantik Utara, lebih kurang 1300 kilometer

di barat Portugal. Pulau-pulau ini berada dalam

jalan udara dan kabel yang menghubungkan

Eropah dan Amerika. Pulau-pulau ini meliputi 2344

kilometer persegi dan panjang garis pantainya

ialah 515 kilometer. Kira-kira 249 500 orang tinggal

di kepulauan Azores. Orang keturunan Azores,

lebih ramai tinggal di Amerika daripada Azores.

Bandar utama bagi Azores ini ialah Ponta Delgada,

di Pulau Saõ Miguel.

UMUM 
SISTEM PENGHADAMAN

Sistem penghadaman ialah kumpulan organ

yang menguraikan makanan menjadi zarah yang

lebih kecil, atau molekul, untuk kegunaan badan

manusia. Penguraian ini membolehkan zarah

terhadam melalui dinding usus masuk ke dalam

aliran darah. Zarah ini kemudiannya diagih-agihkan

sebagai makanan berkhasiat kepada bahagian badan.

UMUM 
YUGOSLAVIA

Yugoslavia asalnya daripada sebuah negara

yang lebih besar, juga dinamai Yugoslavia, yang

telah berpecah menjadi beberapa buah negara

merdeka pada tahun 1991 dan 1992. Yugoslavia

yang baru ini, seperti Yugoslavia yang terdahulu,

terletak di Semenanjung Balkan di tenggara

Eropah. Belgrade ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Yugoslavia.

UMUM 
OH, SADAHARU

Oh, Sadaharu (1940– ), menjadi pemain

besbol Jepun yang terkenal. Dia merupakan

pemukul bola yang cemerlang, yang telah

membuat skor 868 larian dalam kerjayanya ketika

menyertai liga Jepun. Ia merupakan rekod dunia,

lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh Henry

“Hank” Aaron dari Amerika. Sadaharu Oh lahir di

Jepun, walaupun ibu bapanya berketurunan Cina.

Selepas tamat sekolah tinggi di Waseda, dia

menjadi pemain besbol profesional. Kerjayanya

dalam liga utama bermula pada tahun 1959

setelah dia menganggotai Yomiuri. Dia bersara

pada tahun 1980 dan kemudian dilantik sebagai

pengurus Tokyo Giants.

UMUM 
ARTRITIS

Artritis ialah mana-mana satu daripada lebih 100

penyakit sendi. Mangsa artritis menderita sakit,

kekejangan, dan bengkak pada sendi-sendinya.

Ramai orang menjadi pincang akibat artritis.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas