Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.di.kan] | منجاديکن

Definisi : 1 menggunakan sbg; membuat: Mereka telah ~ gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: Guru Besar telah ~ dia ketua murid. 3 menyebabkan; menimbulkan: Kematian anaknya yg sulung itu ~ dia selalu termenung. 4 mencipta; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ kita semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fluidizingpembendaliranKimiaTiada1. Proses menjadikan bendalir atau cecair.,2. Proses menjadikan pepejal bentuk serbuk yang sangat halus supaya ia mempunyai kebanyakan sifat cecair.
contaminatepengkontaminasiPerubatanTiada1. Menjadikan sesuatu tidak selamat digunakan kerana dicemar oleh bahan yang membahayakan.,2. Menjadikan sesuatu tidak tulen atau kotor.
proletarianizationpemproletarianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan seorang buruh semakin miskin dan rendah dalam kedudukan kelas masyarakat kapitalis. Proses ini melihat golongan kapitalis atau borjuis mengambil keuntungan yang lebih besar secara berterusan dengan mengurangkan kos pengeluaran melalui pemberian upah buruh yang semakin kecil. Pengurangan upah yang berterusan ini akan mengakibatkan pekerja biasa turut termasuk dalam kelas proletar sehingga menjadikan kedudukannya sebagai proletar yang semakin miskin. Keadaan ini menjelaskan sifat ekstrem kapitalisme seperti yang diperkenalkan oleh Karl Marx dalam teori kelas beliau yang menyatakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya manakala orang miskin menjadi semakin miskin.
rationalising denominatormenjadikan pembawah terukurMatematikTiadaTiada
orthogonalizemengortogonkanMatematikTiadaMenjadikan sesuatu unsur kepada bentuk yang ortogon dengan unsur lain.
desiccatemengeringkanPerubatanTiadaMenjadikan kering sepenuhnya.
alkalinizemengalkalikanPerubatanTiadaMenjadikan sesuatu larutan beralkali
attenuateddilemahkanPerubatanTiadaMenjadikan bakteria patogen atau virus kurang berkesan.
adulteratemenodaPerubatanTiadaMenjadikan sesuatu bahan tidak tulen atau merendahkan mutu bahan berkenaan dengan mencampurkannya dengan sesuatu yang rendah mutunya.
complexifymengkomplekskanMatematikTiada1. Menjadikan lebih kusut. 2. Memperluaskan kepada domain kompleks.
12345678910...

Kembali ke atas