Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.dual.kan] | منجدوالکن

Definisi : 1 menentukan waktu utk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadual (kata nama)
1. Bersinonim dengan daftar: senarai, fakta, ruang, indeks, katalog, carta, graf, jadual, waktu,

2. Rujuk rancang rancangan

Kata Terbitan : menjadualkan, penjadualan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa kekosongan jawatan terdapat di DBP?

Sdr,

Kami menjadualkan untuk mengiklankan jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan) Gred N17 dalam masa terdekat ini. Sila layari laman web DBP atau membaca akhbar mingguan utama dalam tempoh terdekat ini.

 Terima kasih.

Lain-lain26.02.2009
Apakah perbezaan antara kata rencana dan rancang? Adakah perbezaan dari segi semantiknya?

Perkataan "rencana" membawa maksud karangan, catatan, rancangan dan acara. Manakala perkataan "rancang" pula membawa maksud mengatur, merencana, menjadualkan, merangka, menyusun, mempersiapkan dan menyediakan. Perbezaan dari segi semantik dilihat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut dalam ayat.

Tatabahasa18.01.2020

Kembali ke atas