Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ga] | منجاݢ

Definisi : 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Ayuh encik jari bersusun,
     Mengadap raja sehari-hari;
Pandai menjaga buah di kebun,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sebagai kucing di atas tembok.

Bermaksud :

Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menjaga kesihatan dirinya dan keluarganya atau menjaga kesihatan diri dan keluarganya?Frasa yang tepat ialah menjaga kesihatan diri dan keluarganya.Tatabahasa21.08.2013
Ayat ' Ciri-ciri menjaga kebersihan' atau 'Cara- cara menjaga kebersihan'? Yang mana tepat?Ayat yang betul ialah cara-cara menjaga kebersihan.Tatabahasa26.07.2021
Ayat yang manakah benar? 1. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan. 2. Menjaga kebersihan sekolah banyak mempunyai kepentingan.Ayat 1 lebih tepat. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan.Tatabahasa25.03.2019
Tugas polis ialah menjaga ketenteraman awam. Adakah frasa ialah + menjaga (ialah + kata kerja) gramatis? Soalan sebelumnya terpotong.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau fras kerja. Ayat tersebut perlu diubah menjadi "Polis bertugas menjaga ketenteraman awam".Tatabahasa05.09.2011
Encik Shamsudin merupakan seorang doktor. Beliau menjaga pesakitnya dengan baik. Adakah penggunaan nya boleh diterima dalam ayat ini? Atau kita kena tulis: Beliau menjaga pesakit beliau dengan baik.? Terima kasih.Ayat Beliau menjaga pesakitnya dengan baik adalah betul.Tatabahasa27.09.2021
Ayat berikut yang manakah betul? 1. Apakah yang SAYA TELAH lakukan untuk menjaga Bumi? atau 2. Apakah yang TELAH SAYA lakukan untuk menjaga Bumi? Ayat yang bertul ialah Apakah yang telah saya lakukan untuk menjaga bumi?Tatabahasa02.04.2018
Amir menjaga kebersihan tempat tinggalnya. AYAT PASIF YANG MANA LEBIH TEPAT? 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. 2. Kebersihan tempat tinggalnya dijaga oleh Amir.1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. - ayat pasif yang paling tepatTatabahasa25.07.2011
Yang manakah ayat yang betul bagi penggunaan ialah dan adalah. Cara- cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita perlu bersenam setiap minggu. Cara-cara untuk menjaga kesihatan diri adalah kita perlu bersenam setiap minggu. Sila memberikan penerangan. Terima kasih

Jawapan yang betul ialah "Cara-cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita perlu bersenam setiap minggu."

Lain-lain31.07.2023
Boleh minta nasihat tentang keraguan di bawah? Yang mana betul - seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri? Terima kasihPertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah  manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diriTatabahasa05.04.2020
Salam, soalan : gabungan 2 ayat tunggal dengan kata hubung " tetapi" a) Kamu boleh bawa kamera. b) Kamu perlu menjaga keselamatan kamera kamu. Jawapan manakah betul? Sila beri keterangan. Jawapan A. Kamu boleh bawa kamera tetapi kamu perlu menjaga keselamatan kamera kamu. Jawapan B. Kamu boleh bawa kamera tetapi perlu menjaga keselamatan kamera kamu. Adakah subjek " kamu" perlu digugurkan? Kenapa ? Sekian, terima kasih.Salam,

Untuk makluman, ayat yang diberikan ialah ayat dalam bahasa percakapan (lisan) and tidak gramtis. Ayat yang tepat ialah, "Anda dibenarkan membawa kamera. Akan tetapi, kamera tersebut terletak atas tanggungjawab sendiri."
Tatabahasa07.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas