Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ga] | منجاݢ

Definisi : 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Ayuh encik jari bersusun,
     Mengadap raja sehari-hari;
Pandai menjaga buah di kebun,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sebagai kucing di atas tembok.

Bermaksud :

Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari mahu berlapar; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri mahu belajar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berperahu; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan berilmu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berhujan; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan amalan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah menjala ikan, Menjala ikan tahan bersusah; Bukan mudah menjaga iman, Menjaga iman dengan ibadah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat sehalaman sepermainan, Adat sebaya sama percaya; Adat bermain menjaga kawan, Adat percaya menjaga nama.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat serumah beramah-tamah, Adat setepian sekain basahan; Adat ramah menjaga maruah, Adat sebasahan menjaga iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Biarkan orang berebut buah, Kita menjaga buah kemiri; Biarkan orang berebut tuah, Kita menjaga tuah sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat berkerabat ingat-mengingat, Adat berkeluarga jaga-menjaga; Adat mengingat jangan mengumpat, Adat menjaga jangan melaga.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah berjaja pecah belah, Pandai menjaga takkan hilang; Kalau bekerja suka berkelah, Sampailah tua tidakkan senang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjaga diri; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada mengiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas