Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ga] | منجاݢ

Definisi : 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Ayuh encik jari bersusun,
     Mengadap raja sehari-hari;
Pandai menjaga buah di kebun,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sebagai kucing di atas tembok.

Bermaksud :

Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina belayar kolek, Hendak pandai menjaga kemudi; Kalau semua pilih yang cantik, Tidaklah laku kain kodi.
Kurik Kundi Merah SagaAyuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tupai di atas carang, Jatuh melompat patah kaki; Kalau pandai menjaga barang, Mana boleh jadi rugi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok.
Kurik Kundi Merah SagaMemasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan memerah susu, Susu ditaruh di dalam talam; Saya tidak lupa ibu, Ibu menjaga siang dan malam.
Kurik Kundi Merah SagaNampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri.

Kembali ke atas