Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina belayar kolek, Hendak pandai menjaga kemudi; Kalau semua pilih yang cantik, Tidaklah laku kain kodi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tupai di atas carang, Jatuh melompat patah kaki; Kalau pandai menjaga barang, Mana boleh jadi rugi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan memerah susu, Susu ditaruh di dalam talam; Saya tidak lupa ibu, Ibu menjaga siang dan malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri. |