Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ga] | منجاݢ

Definisi : 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Ayuh encik jari bersusun,
     Mengadap raja sehari-hari;
Pandai menjaga buah di kebun,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sebagai kucing di atas tembok.

Bermaksud :

Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pengaruh Ibazimat untuk menjaga keselamatan diri daripada perbuatan jahat orang, atau ubat guna-guna ilmu hitam.Kemudian isteri Enteran Temiang menggosokkan pengaruh untuk menghidupkan orang yang sudah mati, ubat ini diperolehi Enteran Temiang dan Enteran Temali dari langit semasa mereka berjumpa Datuk Pengaruh. Pengaruh ini sungguh mujarab kerana sesudah digosok Enteran Temali pun mulai bernafas, dan terus hidup semula.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngintu Ib, MSrmemelihara atau menjaga atau mengasuh.“Nah, kauambil ini.” Simin menghulurkan coklat. “Kau mengintu!” tiba-tiba Jenal bersuara. “Tidak. Mereka yang beri!”Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajau pengajih Ibtajau ajaib.Sejak Jelenggai menjaga dan tinggal dengan anaknya di rumah, isterinya sering mengingatkannya supaya tidak membuka tudung sebuah tajau yang dipanggil tajau pengajih atau tajau ajaib.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mondou Kd KBsejenis roh jahat.19. Mondou – Menjaga segala hal pantang-larang.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompangan Kd KBsejenis roh baik.21. Tompangan – Semangat pagar, melindungi rumah, mengawal halaman, menjaga kampung untuk kesejahteraan orang ramai.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
manggul Ibupacara ketika mula membersihkan tanah untuk pertanian dengan cara membuat persembahan untuk dewa dan roh yang menjaga tanah itu.Mereka semua disuruh berhuma di satu kawasan. Sebelum membersihkan kawasan huma itu satu upacara ‘Manggul’ diadakan.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyenggai, *nyenggai antu* Ibupacara meratapi mayat serta menyebut-nyebutkan tentang kebaikannya dan kejayaannya. Upacara ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kesedihan dan menjaga si mati.Tak ada anak, makanan dah habis semasa upacara nyenggai, kata Lenta."Cubalah tengok dulu," pinta Baring lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bergempuruk MSrberkumpul.Rumah panjang ini masih boleh terus tegak di sini. Pada musim gawai kita bolehlah bergempuruk lagi. Sekurang-kurangnya kita dapat menjaga tanaman kita dengan baik.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beganding Kd Tnupacara tolak bala.Upacara Beganding ini ialah upacara tolak bala yang selalu diadakan oleh orang-orang Dusun di Kuala Penyu. Tujuan upacara ini adalah untuk memohon perlindungan kepada semangat yang menjaga manusia supaya tidak menimpakan sebarang penyakit kepada orang-orang kampung itu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas