Bagai menjaga permata intan ketika dicanai. | Kasih sayang yang tidak ada taranya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai kucing di atas tembok. | Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan. | Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang. | Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |