Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ga] | منجاݢ

Definisi : 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Ayuh encik jari bersusun,
     Mengadap raja sehari-hari;
Pandai menjaga buah di kebun,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sebagai kucing di atas tembok.

Bermaksud :

Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai.Kasih sayang yang tidak ada taranya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kucing di atas tembok.Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan.Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas