Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ga] | منجاݢ

Definisi : 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Ayuh encik jari bersusun,
     Mengadap raja sehari-hari;
Pandai menjaga buah di kebun,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sebagai kucing di atas tembok.

Bermaksud :

Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social responsibilitytanggungjawab sosialPentadbiranTiadaPerkara yang dilakukan syarikat atau individu yang bertujuan menjaga kepentingan masyarkat seperti menjaga alam sekitar, menghasilkan keluaran bermutu, dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata.
social responsibilitytanggungjawab sosialPengurusanPerancanganTindakan yang diambil oleh organisasi untuk menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat. Tanggungjawab ini bukanlah sesuatu yang mesti dilakukan oleh organisasi tetapi bertujuan untuk menjaga imej organisasi berkenaan dan memelihara hubungan baik dengan masyarakat. Contohnya, organisasi yang terlibat dengan program amal dan khidmat masyarakat bersama-sama penduduk setempat.
mothercraftpengetahuan menjaga anakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
nurse-in-chargejururawat yang menjagaPerubatanTiadaTiada
in overall charge of sectionmenjaga semua dalam bahagianPentadbiranTiadaTiada
entitled to the custodyberhak menjagaUndang-undangTiadaTiada
archivistjuruarkibPerpustakaanTiadaOrang yang menjaga bahan-bahan arkib, memuliharanya, atau memberi perkhidmatan bahan-bahan tersebut kepada ahli sejarah dan para penyelidik melalui kawalan yang betul.
custodysimpanan; jagaanSejarahTiadaPerihal menjaga atau penjagaan sesuatu benda atau orang di bawah pengawasan seseorang atau badan tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang.
stabilitykestabilanKejuruteraanTiadaKecenderungan untuk menjaga aras kuasa yang mantap tanpa tindakan oleh sistem kawalan dalam reaktor nuklear.
jurugasingjurugasingSukanTiadaOrang yang menjaga dan mengawasi gasing yang juga dikenali sebagai tukang gasing.
12345678910...

Kembali ke atas