Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.hit.kan] | منجاهيتکن

Definisi : 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjahitkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Ibu menjahitkan kakak baju kurung."(betul) tapi mengapa "Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat." (salah) bukankah menjahitkan kakak bermaksud menjahitkan untuk kakak manakala menghidangkan rakan-rakan bermaksud menghidangkan untuk rakan-rakan.Mohon penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih

Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. 

Tatabahasa14.01.2011
Ibu menjahitkan kakak baju kurung. atau Ibu menjahitkan baju kurung kakak. Ayat yang mana betul?Ayat yang betul ialah - Ibu menjahitkan kakak baju kurung. Menjahitkan bermaksud menjahit untuk orang lain.Tatabahasa26.07.2010
Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. Saya masih keliru.Bukankah dalam soalan saya sebelum ini , menghidangkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa iaitu rakan-rakan. Minta penjelasan lebih lanjut.terima kasih.

Kata kerja menghidangkan mesti diikuti dengan objek tidak bernyawa dalam contoh yang diberi sebelum ini '... menghidangkan makanan ...', atau contoh lain 'Emaknya menghidangkan makanan di atas meja'. - kata kerja menghidangkan tidak boleh diikuti dengan objek bernyawa seperti '... menghidangkan kakak ...', sebaliknya kata kerja yang sesuai ialah '... menghidangi kakak ...'. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 192.

Tatabahasa16.01.2011
Adakah ayat ini betul? Kakak menjahitkan ibu sepasang baju kurung yang sedondon sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan.

Shui terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

 Ayat yang betul ialah  -  -Kakak menjahitkan  sepasang baju kurung yang sedondon untuk ibu sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan.

Tatabahasa12.12.2009
Ayat mana yang betul? A) Ibu saya menjahitkan sehelai baju untuk saya. B) Ibu saya menjahit sehelai baju untuk saya.

Ayat yang betul ialah Ibu saya menjahit sehelai baju untuk saya.

Tatabahasa11.11.2009
Betulkah ayat ini? Kakak menjahiti adik sepasang baju. ( Adakah penggunaan frasa menjahiti adik.. boleh disamakan dengan frasa menghadiahi adik... ? sedikit keliru..) terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kakak menjahitkan adik sepasang baju". Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan yang berpasangan  dengan awalan me-, apitan me-...-kan membawa maksud benefaktif atau membuat sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan "menjahitkan" bermaksud "Kakak melakukan perbuatan jahit untuk adik".Tatabahasa13.03.2015
Adakah ayat berikut betul dari segi penggunaan imbuhan men-...-kan bagi kata kerjanya dalam ayat: Ayah menghadiahkan saya seekor kucing @ Ayat menghadiahi saya seekor kucing. Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung @ Ibu menjahit saya sepasang baju kurungFungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.


Oleh itu, ayat yang betul ialah "Ayah menghadiahi saya seekor kucing".

Bagi ayat kedua, ayat yang betul ialah "Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung." Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuta sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak.
Tatabahasa20.04.2013
1)perbezaan antara (baru) dan (baharu) 2)selepas imbuhan akhiran (-kan) tidak boleh meletakkan objek hidup, tetapi adakah ayat berikut betul? ibu memasakkan ayah bubur. ibu menjahitkan kakak sehelai baju tq

1. Dalam Kamus Dewan baru dan baharu sama maknanya iaitu belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud. Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

2. Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- dan boleh meletakkan objek hidup selepas kata kerja tersebut. Contoh, Ibu memasakkan ayah bubur

Tatabahasa02.03.2009
ayat ini betul atau salah dan alasan... 1) data-data yang terdapat dalam dokumen itu didapati benar belaka. 2) patuhilah undang-undang demi untuk keselamatan orang ramai. 3)ibu menjahitkan kakak sehelai baju kebaya.1. Betul.
2. Patuhilah undang-undang demi keselamatan orang ramai. Demi sudah membawa maksud tujuan, tidak perlu lagi diikuti dengan kata untuk.
3. Betul.
Tatabahasa03.04.2014
Adakah kedua-dua ayat di bawah terdapat kesalahan tatabahasa: 1.Ibu menjahiti ayah sehelai kain.. 2Cikgu Ali mengajar Bahasa Inggeris. 3.Ayah membeli adik srbuah basikal.Ayat yang betul:
1. Ibu menjahitkan ayah sehelai kain.
2. Cikgu Ali Mengajarkan bahasa Inggeris.
3. Ayah membelikan adik sebuah basikal.
Tatabahasa23.01.2014
12

Kembali ke atas