Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.la.ni] | منجالني

Definisi : mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.la.ni] | منجالني

Definisi : menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjaga kesihatan. 2.Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjamin kesihatan. 3. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk badan sihat. 4.Nenek menjalani pemeriksaan berkala supaya badan sihat. Adakah ayat-ayat di atas betul? Sekian,terima kasih.

Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah:

1. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjaga kesihatan.

2. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk badan sihat.

3. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjamin kesihatan yang baik.

4. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk memastikan kesihatan terjamin.

Tatabahasa01.04.2024
menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; tuan, terima kasih saya ucapkan dahulu kepada pertolongan tuan. saya masih tidak faham tentang jawaban antara menjalani dan manjalankan. Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu.( menurut kamus, menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;) maka, adakah menjalani lebih sesuai dalam konteks ini? TQBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan. Dalam konteks ayat yang diberikan, doktor  itu telah melaksanakan pembedahan terhadap pesakit. Oleh itu, perkataan yang sesuai ialah menjalankan. Dalam ayat seterusnya, dia (orang tersebut ) yang dibedah atau yang mengalami pembedahan, dan bukan dia yang melaksanakan pembedahan. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menjalani.Makna19.01.2012
menjalani , menjalankanmenjalani- mengalami/melalui menjalankan-mengusahakan supaya berjalan/membuatMakna25.01.2011
penggunaan dari dan daripada: soalan : pulang dari menjalani latihan atau pulang daripada menjalani latihan, terima kasih.dari untuk tempat atau masa (dari KL, dari pukul 3.50ptg.) daripada untuk (selain masa dan tempat).

pulang daripada menjalani latihan.
Tatabahasa03.09.2012
MEMOHON UNTUK MENJALANI KURSUS INTERN DI BAHAGIAN YANG SESUAI. SAYA MENGAMBIL KURSUS DIPLOMA IN ENGLISH COMUNICATION.Sekirannya tuan/puan ingin memohon untuk melaksanakan latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka, sila e-melkan pertanyaan dan maklumat tuan/puan kepada akademi@dbp.gov.my.Lain-lain25.04.2024
menjalankan dengan menjalani apakah perbezaannyaMerujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan men...i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar. Apabila dibandingkan penggunaan apitan men..kan dengan men..i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga. Antaranya fungsi apitan men..kan menandakan kausatif, manakala apitan men..i menandakan lokatif. 2. Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan men...kan dan men i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan men..kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan men...i menerima objek yang bernyawa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 205-207.Tatabahasa05.09.2008
adakah kolokasi "menjalani gaya hidup sihat" betul?Kolokasi dalam ayat "Menjalani gaya hidup sihat.", betul.Tatabahasa27.05.2019
selamat sejahtera. 1. menjalankan latihan dan menjalani latihan yang mana betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah menjalani latihan.Tatabahasa17.07.2012
Salam, Terima kasih atas maklum balas pihak tuan. Saya ingin minta jelaskan sama ada mempelai itu hanya merujuk kepada pasangan lelaki dan perempuan yang sedang menjalani istiadat perkahwinan atau ia merujuk kepada lelaki yang sedang menjalani istiadat itu sahaja?Mempelai ialah orang yang sedang menjalani istiadat perkahwinan, sama ada lelaki atau perempuan bergantung pada konteks ayat. Contohnya, jika disebut mempelai lelaki khusus kepada lelaki.Makna15.02.2016
Salam sejahtera, Nenek menjalani pemeriksaan berkala sebulan sekali di klinik kesihatan. sebulan sekali atau sekali sebulan? Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah “Nenek menjalani pemeriksaan berkala sebulan sekali di klinik kesihatan”.Tatabahasa03.04.2024
123456789

Kembali ke atas